Lebih kurang 3 hari lagi, satu lagi pertemuan antara pengamal media baru akan berlangsung dengan kepimpinan baru UMNO sebuah negeri. Sebenarnya pertemuan sebegini kalau tak salah penulis, sudah berlangsung sebanyak 5 kali semenjak negeri berkenaan jatuh ke tangan PAS. Namun hasil daripada pertemuan tersebut... sama macam sekarang jugalah, walhasil balik asal.
Tidak dapat dinafikan, kekecewaan kerana Tsunami 2008 masih menjadi trauma kepada banyak pihak, khususnya pihak UMNO. Para pemimpin UMNO kebanyakannya masih melakukan trial-and-error meskipun ada juga segelintir yang berasa sudah cukup selesa dengan apa yang ada sekarang ini. Bahkan ada juga segelintir yang sangat yakin mereka mampu merampas semula negeri berkenaan dari pihak PAS dengan berindikasikan perkembangan semasa.
Sekurang-kurangnya ada tiga perkara besar di negeri berkenaan yang boleh digunapakai oleh UMNO untuk dijadikan sebagai senjata, namun sehingga setakat ini, ia masih tidak dilakukan. Bahkan seperti kata seorang SAHABAT BLOGGER, kepimpinan negeri berkenaan terlalu selesa biarpun mereka sebenarnya sedang kalah.
Sampai bila hendak mesyuarat, pertemuan, buah fikiran dan bersembang? Sampai bila baru kerja hendak dimulakan? Sedangkan tarikh PRU13 semakin hampir, sedangkan kemenangan belum tentu dalam tangan. Ditambah pula dengan beberapa masalah dalaman UMNO sendiri di negeri tersebut.
Atau barangkali negeri itu sebenarnya memang dirancang untuk terus dipegang oleh pihak PAS?
Agak mujur kerana ada beberapa NGO yang terus bekerja di akar umbi, termasuklah mengenalpasti anggota-anggota masyarakat yang memerlukan bantuan dan mengharapkan pembelaan. Yang menjadi masalahnya nanti ialah, apabila NGO-NGO itu pula yang mengamuk sakan apabila hasil kerja mereka, orang lain yang akan sapu dan bubuh nama di atasnya.
Ini masalah yang sudah jadi barah di dalam UMNO. Cantas mencantas bukan lagi perkara luar biasa, sebaliknya yang sangat membarah sekarang ialah, berlumba-lumba untuk meletakkan nama agar mereka terpilih sama ada sebagai calon wakil rakyat mahupun jawatan-jawatan di dalam parti.
Sudah sampai masanya untuk berhenti daripada bertemu dan berbincang.... ini adalah masanya untuk bekerja. Tidak perlulah ditangguh-tangguhkan lagi dan terlalu berprosedur untuk menampakkan cerdik, sedangkan hasil yang muncul selepas itu sebenarnya adalah kebodohan!
PROTON Not Selling LOTUS
-
Confirms Dany Bahar’s suspension - SUBANG JAYA, 28 May: Following a number
of media queries, PROTON Holdings Berhad (PROTON) today confirmed that,
followin...
17 minutes ago


1 comments:
KALAU BUNYI LAGU TU, MESTI KEDAH
DOK KALUT DARI DULU DULU
Post a Comment