MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Thursday, March 31, 2011

PETUNJUK BESAR KEROSAKAN UMMAT... JANTAN PATAH PINGGANG!!!

Fenomena patah pinggang atau sotong lembik atau tauhu basi terus melanda generasi muda negara ini. Golongan tersebut tidak segan silu keluar untuk menunjukkan diri mereka di khalayak awam. Paling menarik ialah apabila golongan yang nak kata jantan tidak, betina jauh sekali, menguasai beberapa bidang, terutama sekali bidang penyiaran, penerbitan, andaman bahkan hiburan.

Sudah semakin kurang perasaan jijik atau benci terhadap golongan ini bahkan menerima dan menganggap golongan ini sebagai sebahagian daripada masyarakat. Kemajuan teknologi dan perubahan zaman tidak menambahbaikkan fenomena yang pernah menyaksikan Soddom dan Gomorrah serta Pompeii hilang ditelan petaka sama ada ditenggelami dan dihujani belerang panas dari langit mahupun abu panas gunung berapi.

Berpakaian menyerupai wanita atau sebaliknya, merupakan perbuatan yang dilarang di dalam Islam, namun fenomena sebegini masih berterusan meskipun bagi mereka yang konon-kononnya menjunjung Islam. Sehingga kini, tiada sebarang tindakan keras yang diambil terhadap golongan ini seterusnya pembasmian secara berterusan dan kekal.

Beberapa pihak pernah menimbulkan persoalan tentang punca sebenar kewujudan golongan yang patah pinggang dan lembik tulang ini. Pelbagai langkah telah diusulkan, namun dari sehari ke sehari, jumlah mereka tidak berkurangan, bahkan semakin bertambah.

Lebih menarik ialah apabila mereka sangat daring dan mulut mereka cabul tidak bertempat!!!

Sudah sampai masanya kerajaan, pihak berkuasa, mahupun parti siasah melakukan sesuatu untuk membasmi golongan patah pinggang dan lembik tulang ini dengan apa cara sekalipun. Walaupun Islam amat menggalakkan umatnya bersangka baik, tetapi dengan apa yang sedang berlaku di negara ini, ditambah pula dari semasa ke semasa, golongan ini tidak lagi bersembunyi bahkan melakukan aktiviti luar tabie mereka secara terang-terangan, tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan membawa bala yang lebih besar kepada penduduk di negara ini.

Perlu diingat, bala yang diturunkan oleh Allah Taala, tidak sahaja mengenai mereka yang melakukan perbuatan mungkar, bahkan turut menimpa mereka yang alim dan bertaqwa!!! Pendek kata, tidak ada pilih bulu sewaktu bala bencana dan petaka diturunkan!!!

2 comments:

Anonymous said...

tu ler sebabnya bakal PM yg dicadang2kan tu masih mempunyai sokongan yg kuat..mm tul tak kamal sanusi?

Anonymous said...

AUWWWWW...PATUT LAAAAA...
KEMBANG BULU ROMA AKU...AUWWWW

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template