Thursday, March 3, 2011

PKR BALAS DENDAM TERHADAP PAS DI KERDAU?

Mungkin apabila didedahkan, ada ler propagandis PAS yang akan mengeluarkan kenyataan bahawa poster pilihanraya calon PAS Kerdau, Hasanuddin Salim adalah sabotaj dan fitnah puak lawan. Namun ia seharusnya menjadi PENGAJARAN kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dan lebih sensitif terutama yang membabitkan protokol dan prosedur.

Namun ada juga besar kemungkinan propaganda Pakatan Rakyat yang 'mendermakan' poster kempen untuk Hasanuddin Salim ini mempunyai cita-cita yang lebih besar iaitu MEREPUBLIKKAN negara ini. Dan poster kempen ini sebenarnya menggambarkan hasrat mereka yang sebenarnya.

Agak malang, calon PAS menjadi kambinghitam puak-puak REPUBLIK di dalam Pakatan Rakyat.

Bagi yang kurang mengetahui, crest atau jata negeri yang digunakan dalam poster kempen calon PAS Kerdau adalah jata yang khas digunakan oleh Sultan dan Istana Pahang. Selain jata berwarna kuning, KDYMM Sultan Pahang dan Istana Pahang juga menggunakan jata berwarna putih. Manakala warna hitam pula adalah warna rasmi yang dinisbatkan kepada Sultan Pahang yang suatu ketika dahulu bertaraf Bendahara.

Jata rasmi yang digunakan oleh kerajaan negeri adalah berwarna hitam putih.

Penggunaan jata rasmi adalah salah dari segi peraturan pilihanraya dan peraturan amalan kerajaan negeri.

Kita tunggu apa yang bakal dijawab oleh pihak Pakatan Rakyat... siapa sebenarnya yang berada di belakang kekecohan penggunaan jata ini?

Tidak mungkin PAS sebab PAS sentiasa menjunjung kedaulatan Sultan dan sangat jarang merungut tentang institusi kesultanan. Yang sering dan cenderung untuk menghapuskan kesultanan Melayu di Malaysia adalah PKR dan DAP... dan dalam hal ini, berkemungkinan besar juga DAP tidak masuk campur memandangkan DAP tidak terbabit berkempen secara aktif di Kerdau!

3 comments:

Anonymous said...

"Melayu"2 dlm amPAS & PGayR peduli hape ngan cop/jata resmi negeri Pahang ke negeri hape ke... sedangkan nama Allah pun mrk sanggup gadaikan pd kapir harbi, apa lagi menda lain2, mrk bedal belaka!

Anonymous said...

soalnya apa tindakan dari pihak yg berwajib!!

AnakJatiKL said...

Minta pendapat.

Apa yang nak dikecohkan dengan pendapat Tengku Zafrul tu? Kita sama-sama bawa berbincang, Tengku Zafrul cuma bagi pendapat dia dan kita boleh pilih sama ada nak dengar atau tak. Tengku Zafrul pon orang kita, sama-sama berjuang di bawah payung yang sama.

Mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir pun dah kata itu cuma pendapat. Ini tidak, bila ada orang bersuara, dikatakan mengkritik dan tidak menyokong pelantikan itu, terus memaksa untuk letak jawatan, memulau orang berkenaan dan dijatuhkan hukuman. Kita bukan hidup dalam zaman diktator di mana orang lain tidak mempunyai kebebasan suara. Sama-samalah kita buka minda.


Salam,
Ada suara-suara yang mendesak supaya diambil tindakan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif bank pelaburan Maybank, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau adalah orang yang turut sama berjuang untuk membangunkan negara, bukan merosakkan negara. Mantan PM kita, Tun Dr. M pun sudah kata itu cuma pendapat, tak perlu dipanjang-panjangkan lagi.

Apa kata saudara?


Saya rasa elok kalau kita tak fokus sangat dengan isu Tengku Zafrul ni. Apa yang kita perlu

fokuskan sebenarnya ialah musuh sebenar kesejahteraan negara kita; Anwar Ibrahim, Lim

Guan Eng dan sbg.

Tun Dr. Mahathir pun dah kata, dalam Utusan Malaysia 26 Feb,

Pada

sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank

Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana

mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.

"Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar,"

katanya.


(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=0227&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive)

Jadi, maknanya Tun juga mengajak kita move on dalam isu ni dan serang musuh sebenar.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template