Lim Kit Siang cuba memainkan isu pertentangan antara Islam dan bukan Islam sekali lagi. Cuma kali ini dia dia tidak menyerang peribadi pengundi Islam, sebaliknya kerajaan yang diterajui oleh orang Islam. Alasannya ialah penahanan 30,000 naskhah Bible dalam Bahasa Melayu yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri daripada diedarkan di negara ini. Alasan dalam artikel yang ditulis oleh Chen Man Hin yang dipetik oleh BLOG LIM KIT SIANG ialah, penggunaan kalimah ALLAH telah beribu tahun beraktiviti di Timur Tengah dan kalimah tersebut bukan hak mutlak umat Islam. (BACA DI SINI)Agak aneh juga kerana Kristian Koptik yang merupakan mazhab utama Arab-Kristian di negara-negara Timur Tengah tidak pula diaplikasikan di dalam agama Kristian di negara ini, sebaliknya mazhab yang terserlah adalah Khatolik dan Protestan yang tidak menamakan God atau Yehovah atau Father dalam Bible dan Old Testament sebagai Allah... selak sajalah kitab-kitab Bible yang digunakan di negara ini daripada pelbagai mazhab.
Bahkan bukan satu lagi rahsia bilamana para missionaries menggambarkan Allah sebagai Tuhan kaum Pagan atau jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Malah ada yang mengaitkannya sebagai Tuhan Bulan yang mempunyai tiga orang anak perempuan bernama Hubal, Al-Latta dan Al-Uzza.
Atau adakah Chen Man Hin, Lim Kit Siang dan serba macam pemimpin DAP yang lain ingin mengatakan bahawa Kristian mereka tidak berpandukan kepada kitab sebaliknya kepada asal sahaja menguntungkan seperti Hindu yang tidak mengikut Veda tetapi lebih menurut adat seperti perayaan Thaipusam dan sistem pengkastaan bahkan sehingga ke peringkat mengharamkan daging lembu?
Apakah signifikan daripada pendapat Chen Man Hin yang sebenarnya menekankan tentang pluralisme dalam amalan beragama di negara ini selari dengan pembinaan gereja besar berbentuk bahtera di Bukit Jalil turut terkena tempiasnya ke Sarawak yang mana penganut agama Kristian yang masih bercampur aduk dengan budaya tempatan dan agama 'tua' dan menjadi pengundi teramai di negeri tersebut?
Atau mungkinkah DAP sebenarnya cuba mencabar Artikel 11 Perlembagaan Malaysia tanpa mengambil kira Fasal 4 dalam Artikel yang sama? Dan pada masa yang sama, mencabar Artikel 152 dan Artikel 153 bagi tujuan kemenangan moral politik DAP di kalangan bukan Islam?
Atau barangkali ini adalah salah satu cara daripada kaedah paling mudah untuk menyesatkan Melayu-Islam yang cuba mempertahankan akidah mereka sekalipun mereka kurang beramal dengan ajaran Islam, atau dengan kata lain bukan sebagai penganut Islam yang baik?
Justeru, siapa sebenarnya RELIGIOUS BIGOTRY seperti yang cuba dituduh oleh Lim Kit Siang kepada orang Melayu dan umat Islam di negara ini? Dan mengapa agaknya Lim Kit Siang dan mereka yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan undang-undang di negara ini, tidak berpindah keluar dan menggugurkan kerakyatan mereka sebaliknya memilih untuk menjadi rakyat negara-negara Timur Tengah yang penggunaan kalimah Allah juga ada dalam kitab Bible yang sudah berulang-ulang kali dipinda dengan 'tangan Tuhan'?
Persoalan paling mudah, dalam hal Bible berbahasa Melayu ini, siapa sebenarnya yang lebih melanggar undang-undang dan Perlembagaan negara?


3 comments:
komen Pok Nicky kelak..ni semua salah UMNO.
Pok Khalid Gereja..tentu sokong penuh Lim Kitsiang..
gitu juga Parti Angguk Sokmo!!
aku sungguh terharu Lim Kit Siang gitu ambil berat utk org2 Melayu..sehingga brjuang sungguh2 agar Bible dimelayukan..
Syukurler..melayu2 ni kurang suka membaca!!
Post a Comment