Friday, March 11, 2011

RAHIMI JADI MANGSA ANJING-ANJING KELAPARAN

Sama ada bagi golongan yang tidak menyukai dan menaruh syak, mahupun golongan yang mengalu-alukan kedatangannya, Rahimi Osman merupakan 'produk' yang paling laris di pasaran sekarang. Setidak-tidaknya di pentas-pentas SSDE yang sedang digerakkan di seluruh Selangor, dia merupakan jurucakap dan juruceramah yang paling kerap melantunkan suara menelanjangkan taktik dan teknik yang digunakan oleh manusia-manusia durjana di dalam PKR.

Ramai yang berpandangan, Rahimi melakukannya kerana ada HASIL BESAR. Bahkan ramai juga yang meneka-neka bahawa Rahimi yang merenyeh-renyeh menadahkan muka dan menawarkan diri untuk menjadi jurucakap UMNO.

Walau apa pun, tanggapan terhadapnya, Rahimi sedang dan telah pun melakukan tugasnya dengan baik. Tiada sebarang layanan istimewa yang diberikan kepada Rahimi Osman seperti yang kerap dipertuturkan. Bahkan sokongan untuknya juga tidak diberikan, dan buah fikirannya terpaksa diberikan secara berhati-hati agar tidak 'merosakkan' hati orang-orang lama.

Pun begitu, anak muda itu sedang menjadi rebutan di kalangan 'anjing-anjing lapar' di dalam UMNO. Barangkali kerana mereka kurang laku berbanding Rahimi, maka masing-masing sudah pun meuar-uarkan budi dan jasa mereka kepada UMNO dengan membawa masuk Rahimi Osman. Lebih keterlaluan apabila seekor 'anjing lapar' dengan bangganya mengumumkan, untuk mendapatkan Rahimi, perlu melaluinya.

Entah jadah apa jasanya kepada UMNO, hanya dia sendiri yang tahu. Perlu diakui bahawa dia keluar dari parti Anwar Ibrahim, bukan kerana kesedarannya sendiri tetapi kerana sikap pemalas kerjanya yang menjadi punca sebenar. Sepanjang dia berada dalam parti Anwar Ibrahim, cerita tentang kemalasannya dan lagaknya begitu menjadi-jadi. Sehinggalah akhirnya dia meletakkan jawatan, tiada apa-apa pun yang dilakukan. Hanya setelah bangkit satu isu, barulah dia keluar secara rasmi dan kesnya pun disenyapkan.

Dasar terbuka UMNO sewajarnya dipuji kerana walaupun ada 'kes-kes terpencil' yang mengakibatkan sukarnya mendapatkan borang keahlian UMNO atau permohonan menjadi ahli UMNO ditolak seperti yang dialami oleh seorang Sahabat Blogger, setidak-tidaknya, dasar UMNO lebih baik berbanding parti-parti lain dalam hal keahlian. PKR yang mengaku berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia pun, tidak sebaik UMNO dalam penerimaan ahli-ahli baru.

Namun kerana dasar UMNO itulah juga, sekian banyak malware, adware, trojan, bahkan virus turut meresap masuk ke dalam UMNO. Perisai yang dipasang adalah untuk menahan serangan dari luar atau dari golongan yang disyaki, namun bahagian dalam sedang dirosakkan tanpa sebarang sekatan dan tanpa sebarang pemantauan. Perasan syak wasangka yang sangat menebal kepada pihak luar, begitu bersungguh-sungguh, namun perasaan tersebut hilang lenyap terhadap golongan dalam yang ada sesetengahnya menjawat jawatan utama dalam parti.

Tiada langsung tindakan balas untuk menahan kerosakan dan pereputan UMNO dari dalam sebaliknya masing-masing memegang prinsip, pemimpin jangan disentuh kerana serangan ke atas pemimpin bererti serangan ke atas UMNO... satu pandangan yang sebenarnya diwujudkan oleh makhluk-makhluk halus dalam UMNO yang cuba memperteguhkan kedudukan mereka sendiri!

Natijah daripada kerosakan yang dibiarkan itu, boleh dilihat pada Tsunami 2008, namun sehingga kini kepemimpinan tertinggi UMNO masih lagi kurang efektif untuk melakukan penurasan dan tapisan yang lebih berkesan.

Atau barangkali kepemimpinan tertinggi sebenarnya lebih berhati-hati kerana bimbang apa yang berlaku pada 1997-1999 akan berulang semula seandainya tindakan diambil?

Rasa-rasanya majoriti penyokong dan ahli UMNO yang angkanya mengatasi jutaan orang, jauh lebih memerlukan tindakan segera berbanding segelintir penyakit yang ada dalam barisan kepemimpinan UMNO yang berlagak seperti 'anjing lapar'.

Apa yang berlaku seterusnya selepas ini ialah PEMBUSUKAN RAHIMI OSMAN oleh kalangan anjing-anjing lapar dalam UMNO yang kecewa kerana gagal menjadikannya sebagai umpan untuk mereka berada dekat dengan PEJABAT PERDANA MENTERI mahupun dari kalangan mereka yang mendakwa sangat rapat dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden UMNO.

Lihat sahajalah tanpa perlu anda berbuat apa-apa kerana inilah pusingan yang sedang berlaku dalam UMNO setiap kali pemilihan jawatan pusat dan pilihanraya bakal berlangsung dalam tempoh terdekat!!!

1 comments:

HAMMER said...

DAP TAKDA TARING
PKR DAH TINGGAL TUNGGUL
PAS HANYA PANDAI MENYALAK SAJA

PUAK2 HARAMADAH NILA YANG MEMPUNYAI TARING TAJAM, BOLEH MENGGIGIT TUAN

AYOH BONGKAR CELAKA2 NI MACAM DIN SAMDOL KENA BOGEL

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template