Saturday, March 5, 2011

RAHIMI OTHMAN BERJAYA SEBAGAI PENCERAMAH UMNO!!!!

Malam tadi merupakan kali pertama penulis mendengar dan melihat Rahimi Othman menjadi penceramah bagi pihak UMNO. Dan ternyata, Rahimi Othman, anak muda yang berbadan kurus, dan tinggi lampai itu tidak mengecewakan langsung. Mungkin bagi orang yang kali pertama melihat baby-facenya akan berasa, Rahimi tentu akan mengalami tekanan yang bukan sedikit sebelum berucap, paling tidak pun terkencing-kencing dan terketar-ketar, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rahimi kelihatan sangat enjoy dengan ceramah dan 'kerja barunya'.

Rahimi seperti tahu, dia adalah anak tempatan dan dengan menggunakan bahasa atau loghat daerahnya, dia berjaya mencuit hati para penonton yang terdiri daripada warga Felda tempatan, walaupun lebih kurang beberapa ratus meter dari tempatnya berceramah, Nurul Izzah sedang berucap bagi membantu calon PAS, Hasanuddin Salim.

Tinjauan mendapati, Nurul Izzah tidak berjaya menarik perhatian penduduk tempatan, sebaliknya diminati oleh orang dari luar Felda Jengka 22 berdasarkan jumlah penonton dan orang ramai yang memenuhi ruang di hadapan kawasan ceramahnya adalah orang luar.

Dan kerana tujuan tertentu, medan perlagaan antara Nurul Izzah dengan Rahimi Othman dan Ezam Mohd Noor terpaksa dipindahkan pada saat-saat akhir. Pun begitu, ia tidak mengecewakan dengan kehadiran penonton yang tidak berganjak sekalipun hujan mulai turun.

Banyak yang didedahkan oleh Rahimi tentang Anwar Ibrahim. Hanya kerana masa yang terhad akibat perancangan ceramah yang meleret-leret oleh penceramah yang tidak sepatutnya datang menyibuk seperti Adnan Seman, pengundi Felda Jengka 22 tetap gembira dengan penjelasan yang diberikan oleh Rahimi. Malah seorang pak cik ketawa tergolek-golek apabila Rahimi bercerita tentang kisah Anwar Ibrahim dan gelagat pembohongnya yang sangat sinonim dengannya.

"Bukan sahaja di luar, dalam mimpi pun, Anwar tetap nak bohong!"

Esok adalah hari terakhir kempen di Kerdau. Dan esok juga, Rahimi nampaknya begitu sibuk dengan pelbagai atur cara termasuklah ceramah yang bakal disampaikannya di Rumpun Makmur bersama-sama Rashid Rosdi yang akan mengisahkan tentunya tentang pembohongan Anwar.

"Kenapa pula kita tak boleh serang Anwar? Anwar adalah Ketua Pakatan Rakyat dan PAS adalah pendokong utama Anwar Ibrahim!" kata Rahimi sambil disahut oleh sorakan para penonton tempatan di Jengka 22.

Syabas Rahimi... anda nampaknya berjaya membuktikan sesuatu, sekalipun tanpa sokongan daripada UMNO sendiri... walhal yang bertanding di Kerdau adalah calon dari UMNO, bukannya calon dari bekas PKR!!!!

2 comments:

Ular Menyusur Akar on March 5, 2011 12:24 PM said...

Orang UMNO tak pandai buat ceramah santai. Majlis UMNO di didik elite dan berucap secara formal. Mereka boleh bercakap berdegar degar dalam kumpulan sendiri kerana ramai yang menyokong dan bersorak sorak.Bila bercakap ada pembangkang, point lintang pukang.Takde script, tak boleh jadi.

Penceramah yang berjaya mengegarkan pentas semuanya dari bekas PKR, bebas dan NGO.

Sebenarnya yang merasakan kekecewaan terhadap parti pembangkang adalah di kalangan kita blogger dan bekas bekas pkr. Pemimpin UMNO terlalu yakin mereka selamat dan masih di terima oleh rakyat.

Sebab itu, semua point ceramah bukan pasal UMNO vs pas tetapi UMNO vs nuar.

MELAYU TULEN said...

AKU SETUJU MANA MANA CERAMAH PUN, ORANG TAK RAMAI TAPI UNDI MENANG

ITULA KELEBIHAN BN

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template