Friday, March 11, 2011

ROSMAH BERKONSPIRASI 'LIWATKAN' ANWAR IBRAHIM?

Sekali lagi teori konspirasi mengambilalih untuk diputarbelitkan oleh para juak Anwar Ibrahim kerana berdasarkan keterangan saksi terakhir pihak pendakwa, Supt Jude Pereira. Selepas gembira dengan penolakan tiga bahan bukti yang mengandungi DNA 'Lelaki Y', berita seperti ini sangat ditunggu-tunggu oleh juak-juak Anwar bagi membuktikan air mani dalam jubur Saiful bukanlah air maninya tetapi air mani entah siapa-siapa.

Cara untuk menentukan air mani tersebut bukan milik Anwar Ibrahim sangat mudah. Cukup dengan mengetahui dan mengagak siapakah yang berkonspirasi untuk mengenakan Anwar dengan tuduhan aib itu, maka terbuktilah bahawa air mani tersebut bukan air mani Anwar. Itu saja...

Ujian DNA tidak perlu dilakukan kerana Anwar dalam blognya yang memetik pendapat beberapa orang saintis yang 'mengesahkan' bahawa bukti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokasi jenayah (BACA DI SINI). Dan semalam, berkali-kali Anwar Ibrahim lagukan dan dendangkan perkara ini di dalam TWITTERnya, kemudian disambut 'gembira' oleh para pengikutnya.

Bagi sesiapa yang pernah mengikuti perjalanan kes liwat pertama Anwar Ibrahim, pastinya akan terkenang semula bagaimana cerita 'pemerahan air mani', penyuntikan dan keracunan arsenik dan virus HIV yang diletakkan dalam makanan pada tahun 1998-2000 dahulu berulang semula dalam kes yang sama tetapi PUNGGUNG yang berlainan dan dengan 'kaedah' yang sedikit berbeza.

Akta tentang DNA telah cuba dibentangkan oleh kerajaan pada awal kes liwat kedua ini di Dewan Rakyat pada awal 2009. Namun Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sekutunya dari Pakatan Rakyat, membangkang keras pembentangan usul tersebut dengan tuduhan, akta tersebut sengaja diusulkan untuk mengenakan Anwar Ibrahim. Malaysia sebelum ini tidak mempunyai sebarang akta yang membabitkan DNA sebagai bahan bukti di mahkamah.

Anwar dan juak-juaknya boleh sahaja memainkan perkataan FITNAH dan KONSPIRASI apabila satu demi satu nama disebut di dalam mahkamah, namun ia tidak mampu untuk menghilangkan tanggapan bahawa 'LELAKI Y' adalah Anwar Ibrahim sendiri. Tidak ada cara bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang banyak akal untuk melepaskan diri itu, melainkan menyerahkan DNAnya secara sukarela atau atas arahan mahkamah menerusi pengawasan ketat dan rapi dalam usaha membersihkan persepsi tentang LELAKI Y.

Atau Anwar sebenarnya tidak peduli langsung dengan persepsi para pengundi kerana perkataan FITNAH dan KONSPIRASI lebih teguh dan reliable berbanding DNAnya?

5 comments:

oh malaysiaku said...

kalau DBP tidak dikontrol oleh juak2 PAS, pasti telah atau pun akan nanti keluar perumpamaan baru yg berbunyi spt :

"macam anwar ibrahim" atau "seperti anwar ibrahim" atau pun "jadi anwar ibrahim"

yg semuanya membawa makna - "orang yg cakapnya berbelit-belit, pandai berdolak-dalih atau lidah bercabang" atau pun "orang yg pandai berpura-pura, berbohong dan memutar-belit fakta utk menyelamatkan diri dari kesalahan yg telah dilakukannya", atau seumpamanya ...

anakjengayan on March 11, 2011 3:41 PM said...

http://anakjengayan.blogspot.com/

tolong link blogger pro kerajaan.. tq.

Anonymous said...

apa saja..kami tetap angguk!! angguk!! angguk!!

Zakir on March 11, 2011 4:18 PM said...

Kes si anuwar ni dah jadi macam drama sinetron bersiri la. Pootar dan belit dah jadi dibuat2. Cerita yang sebenarnya ringkas dah dijalin dan direka menjadikannya rumit dan ntah hape hape ntah. Nuar...nuar...kau ni betul2 pemutar skru la. Macamanalah ada orang macam kau ni di Malaysia. Perabih duit rakyat yang bayor income tax je nak selesaikan kes kau yang dah bertahun2 tak selesai2 jugak. BOSAN LAA!!!

Anonymous said...

sokong 'tak berbelah bagi' kepda najibul altantuya RM .... pemimpin ahir jaman ..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template