Wednesday, March 9, 2011

SAIFUDDIN OIII SAIFUDDIN... KAMI NAK CIUM KAU NIH!!!

Kerenah persatuan pelajaran Pro-M di Universiti Kebangsaan Malaysia yang menyebabkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah 'masuk campur', sememangnya menarik minat ramai pihak. Satu demi satu pendedahan dibuat sehingga tali leher yang kerap dipakainya pada majlis-majlis rasmi juga mendapat perhatian khusus.

Ada semacam yang tak kena dengan sikap dan layanan yang diberikan oleh Saifuddin Abdullah kepada kumpulan pelajar yang berperangai gemar merusuh, belajarnya tidaklah sepandai mana tetapi sangat gemar bermain politik. GAMIS, PRO-MAHASISWA dan AUKU dilihat menjadi kuda tunggangan Saifuddin Abdullah dalam usaha memasukkan unsur-unsur Anwarista ke dalam tubuh badan kerajaan.

Apa sebenarnya yang ingin ditunjukkan oleh Saifuddin Abdullah kepada seluruh rakyat Malaysia? Rakyat Malaysia bangang kerana tidak mengikut seratus peratus model yang ingin diterapkan oleh Zionis dalam masyarakat dunia sedangkan mereka sendiri tidak mahu menggunakan model yang mereka rancangkan itu?

Apa faedah membenarkan mahasiswa bebas berpolitik tanpa mengambil kira kecemerlangan mereka dalam akademik yang kononnya diatasnamakan sebagai NEW POLITICS? New Politic apa kalau bangsa Melayu yang rata-ratanya adalah bangsa pelajar-pelajar ketagih berpolitik itu hanya tahu tentang politik merusuh, mendesak dan nak dapatkan kuasa tetapi kemudian penguasaan ekonomi dan komunikasi gagal sama sekali?

Saifuddin perlu buktikan, dari sudut manakah kecemerlangan pelajar-pelajar Melayu apabila mereka terbabit secara aktif dalam NEW POLITIC yang merupakan agenda Zionis untuk menjahanamkan struktur kekuatan ummat Islam menerusi akidah demokrasi rom.

Dan apa faedahnya memaparkan solidariti Saifuddin Abdullah dengan Anwar Ibrahim menerusi pemakaian tali leher yang memberi isyarat tertentu? Apa tujuan sebenar Saifuddin? Adakah dia ingin memberitahu, pada bila-bila masa sahaja dia akan melompat menyertai gerombolan Anwar Ibrahim atau dia berada dalam jemaah menteri untuk mendapatkan maklumat yang diserahkan kepada Anwar Ibrahim? (BACA MEDAN INFO)

Kalau itulah yang berlaku, memang malang sangat-sangatlah rakyat Temerloh yang mengundinya sebagai wakil mereka.

1 comments:

Anonymous said...

PM pun tak nampak pakai tai alumni. Obama pun tak nampak pakai tai nostalgia. Pok Nick pun tak pernah nampak pakai tai arabian. Pasal apa?

Apabila sudah jadi pemimpin, yang mahu ditonjolkan adalah upaya diri sendiri tetapi bukannya upaya institusi atau kenangan yang bernostalgia.

Pemerhati

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template