Friday, March 11, 2011

SEKALI LAGI CHUA SOI LEK TUNJUK BELANG!!!!

Seperti diduga, Chua Soi Lek yang dalam misi membalas dendam setelah KOTEnya dan teknik bersenggamanya di-v-c-d-kan dan tersebar dengan banyaknya di seluruh negara, mengambil pendekatan dan berpendirian yang sama dengan DAP. Sekalipun kebanyakan ahli dan pemimpin MCA tidak memberikan sebarang respons berhubung perkara Bible berbahasa Melayu, Chua Soi Lek atas kapasitinya memaksa pendirian MCA agar selari dengan kehendaknya.

MCA seperti Lim Guan Eng DAP mempersoalkan tindakan kerajaan menahan Bible berbahasa Melayu. Malah Chua Soi Lek juga turut meminta agar kerajaan menyediakan 'mesin khas' untuk mencetak Bible di dalam negara dan mengagih-agihkannya kepada gereja-gereja di seluruh Malaysia. (BACA MALAYSIAN INSIDER)

Satu pandangan yang sangat bernas - pada sangkaannya!!!

Gerakan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebahagian daripada EMPAYAR KHATOLIK menyertai Filipina dan Indonesia, sedang rancak dijalankan. Bermula dengan pluralisme yang dikembangkan oleh Anwar Ibrahim di dalam tubuh badan Melayu sendiri, serangan dari luar dikepalai oleh DAP yang rata-ratanya beragama Katholik dan dibantu pula oleh Presiden MCA yang diketahui sangat 'baik' sikapnya terhadap 'rasis'.

Barangkali suatu masa nanti akan wujudlah patung JESUS berpakaian Melayu, bersongkok dan bersamping kalau tidak pun memegang sebilah keris tidak bersarung dan sebilah lagi yang bersarung tersisip di bengkung, manakala Lady Mary pula akan berkebaya ketat dengan berselendang?

Dan seandainya wujud gambaran seperti itu, apa reaksi yang akan diberikan? Adakah toleransi beragama seperti yang diamalkan di Malaysia akan dimansuhkan atau ia diterima sebagai kebersamaan seperti hari-hari kebesaran yang disambut oleh semua kaum di Malaysia sekarang atas nama toleransi dan semangat muhibbah?

Perhatikan juga bagaimana anasir-anasir ini menggunakan istilah INJIL untuk menggantikan BIBLE, sungguhpun semua mengetahui bahawa INJIL SUDAH PUPUS SEMENJAK RIBUAN TAHUN LAMPAU LAGI... beratus tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w kecuali sebilangan kecil. (MALAYSIAKINI)

Sejarah Bible dan Old Testament yang melibatkan Nabi Ezra a.s juga TIDAK menunjukkan bahawa BIBLE ITU ADALAH INJIL. Pembohongan apa lagi yang hendak dilakukan oleh penyembah-penyembah Saul atau Paulus ini?

Setakat hari ini, toa pek kong yang banyak berwajah Melayu dengan songkok dan keris tidak menjadi sebarang 'kudis' kepada orang Melayu sekalipun mereka dapat membaca dengan jelas tulisan 'DATOK' pada altar toa pek kong yang keseluruhannya berwarna merah dan banyak di tepi-tepi jalan, kalau tidak pun di tepi-tepi busut!

3 comments:

Anonymous said...

Tak perlu bawa masuk.... Bahasa Inggeris, Mandarin Sudah memadai... Niat jahat Dan misi dakwah mereka amat jelas sekali... PERTAHANKAN ISLAM!!!

Laksamana Bentan on March 11, 2011 8:49 PM said...

MCA dan DAP adalah China.
Mereka tetap bersatu walaupun berlainan parti dan agama.

Anonymous said...

apa kata org2 pas dlm hal ini? adakah parti "pelacur" nie menyokong bible dlm bahasa melayu??..kita tggu dan lihat..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template