Masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat yang turut dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai Dato' KJ baik dari kalangan UMNO apatah lagi PAS. Kamaruddin Jaafar juga merupakan bekas Setiausaha Agung PAS. Sebelum menyeberang masuk PAS pada ketika Anwar Ibrahim dibicarakan kerana kes liwat pertamanya, Kamaruddin Jaafar adalah seorang pembesar UMNO yang banyak mendapat projek kerajaan yang bernilai berbilion ringgit ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.Majlis akad nikah antara Kamaruddin Jaafar dengan Yushazlinda Yaakob telah berlangsung pada hari Khamis, 10 Mac lalu di Masjid Kelana Jaya pada pukul 11 pagi hanya dihadiri oleh sebilangan sahabat terdekat dan ahli keluarga sahaja.
Pada 11 November 2009, Kamaruddin Jaafar kehilangan isterinya, Kamariah Kamaruddin akibat kanser usus di Subang Jaya Medical Centre (SJMC).



2 comments:
aku ingat Pak LAh jer yang kawin..
aku ingat sikitol kahwin lagi..
Post a Comment