Satu perkara paling menarik dalam PAS ialah betapa efektifnya dan cepatnya SETAN-SETAN di dalam parti tersebut bekerja. Kerja mereka tidak lain dan tidak bukan ialah mencari jalan bagaimana hendak menyingkirkan Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa daripada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Walau atas apa isu sekalipun, apabila tidak menyebelahi PAS, maka kedua-dua orang ini akan dipersalahkan. Dan akhir sekali mereka akan mengeluarkan perkataan yang dianggap antara yang paling keramat dalam PAS iaitu UG atau KERAJAAN PERPADUAN(G).Masalah PAS Kelantan dan PAS Terengganu yang berebut kepimpinan utama sudah terlalu lama. Sekalipun cuba dinafikan dan cuba dilakonkan dengan penuh yakin, keretakan antara PAS Terengganu dengan PAS Kelantan sememangnya boleh dilihat dengan mudah. Apatah lagi, PAS Terengganu hanya mampu memegang Terengganu selama sepenggal berbanding PAS Kelantan menerusi Nik Abdul Aziz yang telah memegang Kelantan semenjak dari tahun 1990 lagi.
Justeru, ramai yang melihat PAS Kelantan lebih dominan dan lebih hebat berbanding mana-mana PAS di seluruh Malaysia. Kiblat PAS diarahkan ke Kelantan atau lebih tepat lagi ke Pulau Melaka. Tokoh-tokoh dari Kelantan dinaikkan dan sebarang kaitan dengan Terengganu segera diputuskan. Bahkan pada masa yang sama, kempen-kempen untuk memburuk-burukkan PAS Terengganu berterusan.
Lebih sakit hati lagi apabila Abdul Hadi Awang melantik Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS... satu negeri, satu team, dan satu kepala... sesuatu yang sebenarnya sangat tidak digemari oleh PAS Kelantan kerana tindakan sebegitu hanya akan menyebabkan tokoh-tokoh dari Kelantan tidak dipandang.
Apabila keputusan beberapa pilihanraya kecil diumumkan dan PAS kalah dengan majoriti besar kepada UMNO, maka sekali lagi desakan dan laungan agar Presiden dan Timbalan Presiden PAS digantikan kembali bergema.
Masing-masing menyalahkan Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa sebagai punca kepada kekalahan PAS. Dan yang paling menariknya apabila mereka bertindak pantas sebelum mana-mana pihak menyalahkan Nik Abdul Aziz dan barisan kepimpinan PAS yang sebenarnya tidaklah PAS tetapi lebih kepada DAP dan PKR.
Sedangkan apa yang berlaku di akar umbi ialah, kekalahan PAS lebih banyak disumbangkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat dan 'kawan-kawannya'. Yang perlu diubah dalam kepimpinan PAS adalah Nik Abdul Aziz dan 'konco-konconya' yang terlalu berkiblatkan kepada DAP dan PKR.
Sukar sangatkah PAS hendak menghilangkan pengaruh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang melekat di tubuh badan Nik Abdul Aziz?


8 comments:
kekalahan pas banyak disumbangkan oleh fatwa n aziz.
AJIS LA DURI SEGALA DURI...PANDAI PULA JUAK2 PAS SESAT NI HANTAM HADI DAN NASA
DAH NYANYOK PUN ORANG TUA TU, SIMPAN PUN BUAT SEMAK JA
yg aku heran kenapa penulis ini susahkan diri utk jga kain rumah org.rumah sendiri dah condang pun tak perasan.yg ko terkilan ko rasa bolih kuasai hj hadi dan nasa utk masuk parti jahanam ko tu.sibuk2 nk sama dgn pas kenapa,cuba kalau bn menang besar 2008 adakah bn akan pelawa pas...taik kucing la kalau mcm tu.skrg dh rasa umno tak laku baru sibuk2 cari pas.pas hidup sendiri pun dah kuat,tak payah dgn umno.kalau pas nk kawan dgn dap pkr apa yg ko susah wahai penulis bangok,sejak 2008 sampai skrg asyik menyebuk pas nak kawan sapa...b.t.h la
To anon 9:26 PM
Korag pikir bersih hati sgt? pegi jengah kat blog korang tu...lagi hebat menyebuk pasal UMNO. apahal?
anon 9.26, selama ni anta duduk dalam hutan ka? tau kah anta yang pas adalah anjing dap dan anwar ibrahim? bila anwar bercakap, bertaburan lah najis yang keluar dari duburnya dan anta lah antara ahli pas yang sanggup jilat najis anwar itu. mana ada pas kuat? tak dak pendirian punya parti. dulu haram sekarang halal. pergi masuk hutan balik la!
PAS parti penghasut ,Parti memfitnah.parti serban penuh dengan dengki,Kata jer parti islam tapi berkawan dengan BABI,berkawan dengan aljuburi.Rakyat dah fedup la dengan lakunan ko orang.
Kalau lah ko orag memerintah,aku tak tau la apa jadi dengan Malaysia ni..cakap tak serupa bikin.
UMNO juga yang nak bersusah2 nak amik balik hati rakyat kerana fitnah ko orang ada yang rakyat tak reti nak berfikir termakan.
Buat la fitnah banyak2 supaya dapat masuk syurga...ptuihhhh
anon 9.26 said :
"rumah sendiri dah condang pun tak perasan"
hahaha .. syok sendiri ye anon ?
Kalau UMNO jagalah UMNO baik baik agar terus berjaya, kalau PAS jagalah Islam baik baik agar selamat dunia akhirat. Kalangan blogger yang sibuk menyerang atau memberitakan hal parti lain boleh membawa fitnah perlulah di elakkan. Laporkan perkara benar yang tidak mengundang fitnah. Kalau DS Rosmah memang tidur di Bilik berharga RM 100,000.00 lebih laporkan dengan benar dan jangan tokok tambah. kalau DS Rosmah nak nafikan dengan alasan biarkan sahaja kerna beliau juga akan bertanggungjawab dengan jawapan nya di akhirat kelak. Yang penting kita berkata benar. Bagi Parti yang berbohong, insyallah akan terima balasan. Tengok TUNISIA, MESIR dan lain nya.
Post a Comment