Monday, March 7, 2011

SOKONG BN TAPI TAK SOKONG MIC!!!!

Apa yang berlaku di Merlimau sememangnya sudah cukup untuk mencerminkan penolakan terhadap kepimpinan MIC sekarang ini yang berpresidenkan G.Palanivel. Kebanyakan daripada pengundi India di Merlimau merupakan sebahagian besar daripada bekas penyokong Hindraf.

Secara berterus-terang, mereka menolak MIC yang masih mengekalkan Sammy Vellu dalam bentuk G.Palanivel, selain barisan kepimpinan yang dipelihara semenjak dari zaman Sammy Vellu. Barisan kepimpinan tersebut merupakan barisan kepimpinan TONG SAMPAH yang tidak bernilai sedikit pun.

Sememangnya agak jelas, penolakan kaum India terhadap MIC masih lagi berterusan. Hanya kerana yang bertanding adalah calon UMNO, maka mereka keluar memberikan undi kepada UMNO. Kalaulah calon yang bertanding itu adalah MIC, besar kemungkinan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Paling menarik apabila mereka langsung tidak mahu dikaitkan dengan MIC. Mereka lebih rela memakai baju T sukarelawan UMNO berbanding mengenakan t-shirt MIC. Dan mereka lebih rela bekerja bersama-sama petugas UMNO berbanding jentera MIC yang jelas pincang dan bertaraf sampah... seperti juga para pemimpin MIC yang lain!!!

Ia juga merupakan keadaan yang sama kepada kumpulan Cina yang tidak mahu dikaitkan dengan MCA sebaliknya membentuk sebuah skuad yang dinamakan SKUAD 1MALAYSIA.... skuad ini kali pertama dilihat secara nyata di Tenang, Johor. Dan lebih menarik ialah apabila Skuad 1Malaysia sangat dicemburui oleh para pemimpin MCA terutama sekali Chua Soi Lek!

Mungkin sudah sampai masanya UMNO mempunyai cabang dan cawangan kelab penyokong bukan Melayu kepada UMNO secara rasmi seperti yang dilakukan oleh PAS dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP.

6 comments:

Anonymous said...

Blogger 2 BN perlulah berhati2 memberi pendapat.ramai intelek 2 rakat malaysia di bandar2 yang boleh menilai antara perpaduan dan perpecahan. Pengetahuan umum pengaruh MIC dan MCA telah menurun dengan ketara setelah DSAI dipecat dan banyak perkara 2 kontrovesi terbit di blog blog pembangkang.Blogger 2 BN hendak lah memberi pendapat2 yang menyatukan semua bangsa - 1 Malaysia.MIC dan MIC sedang bekerja kuat untuk menghidupkan semangat dan blogger2 BN diharap tolong MIC dan MCA untuk mencapai matlamat2 mereka yang dikehendaki.Biarlah blogger2 pembangkang mencaci,mencemuh,mengguna bahasa kesat yang saya percaya mendatangkan mudharat pada mereka sendiri dalam PR akan datang.

Anonymous said...

Mungkin ada kebenarannya apa yang diperkatakan. Saya mempunyai beberapa rakan berketurunan India dari Johor. Mereka mengatakan UMNO dikawasan mereka lebih membantu dan perihatin terhadap kaum India berbanding dengan pemimpin MIC yang lebih mementingkan kelompok tertentu mereka sahaja. Banyak permohonan bantuan seperti kebajikan dan rumah murah telah diselesaikan oleh pimpinan UMNO berbanding dengan MIC.

Anonymous said...

jom kita sokong UMNO tapi jangan undi BN

Anonymous said...

di tempat saye pun ade seorang makcik india yang dah tua dan uzur umno yang melawat dan tolong. MIC tak nampak batang hidung....

oh malaysiaku said...

apa yg dikatakan org2 India (kelas bawahan) ni sememangnya betul. MIC adalah kepunyaan kaum elite India saja, lebih senang difahami hanya utk golongan Brahmin dan juga India2 yg kaya2 yg rapat dgn puak2 samy vellu.

mengikut kawan2 India saya banyak program2 yg cuba dibuat utk kaum India bawahan ini oleh pemimpin2 MIC yg bukan dari golongan samy vellu spt meningkatkan pembelajaran anak2 India diestet2 dan kampung2 telah disabotaj oleh puak2 samy vellu, supaya pemimpin2 kecil ini tidak berupaya menonjol diri dlm MIC apatah lagi utk mendapat perlantikan oleh BN.

kerana itu bila PKR muncul India2 kelas bawahan ini beralih arah menyokong PKR dgn harapan boleh dibuat tempat mengadu. sekali lagi mereka tertipu dgn janji2 kosong, malah dijadikan alat utk mencapai tujuan peribadi pemimpin PKR.

jadi sekarang ni ramai anak2 muda India kelas bawahan ni telah menjadi spt 'hantu tak bertuan' malah dgn senang pula digunakan oleh hindraf utk tujuan gila-babi mereka.

kalau kita dlm situasi begini, apa yg kita akan lakukan? sedikit sebanyak perlu utk kita berikan perhatian, atau sekurang2nya kita renung dan fikirkan bersama, kerana
setiap undi mereka sama nilainya dgn undi kita juga.

parang terbang on March 7, 2011 6:42 PM said...

jom undi pas masuk syurga bernama nik ajis...

mahu?

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template