Sumber gambar: BADUT RAKYATPuak Pakatan Rakyat nampaknya sudah semakin kelam-kabut. Mereka bukannya bertindak untuk menang sebaliknya hanya untuk mengurangkan majoriti kemenangan UMNO dengan teruk bagi menjatuhkan semangat UMNO, khususnya Najib Abdul Razak dan Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka bakal dilangsungkan pada bulan April nanti.
Sewaktu penulis sampai ke Merlimau, penulis dapat perhatikan reaksi provokasi yang diperlihatkan oleh upahan-upahan Pakatan Rakyat yang berlilit kepala dengan kain berwarna hijau yang bertulis di atasnya, PAS dalam tulisan Jawi.
Cara mereka memandang dan merenung, sudah cukup untuk menunjukkan mereka sememangnya sedang mencari gaduh. Dan apabila penulis singgah sebentar di Command Centre Barisan Nasional yang terletak bersebelahan dengan sebuah masjid yang sangat cantik, sekali lagi penulis direnung dengan tajam oleh tiga orang anak muda dalam lingkungan usia awal dua puluhan dari dalam sebuah kereta yang bernombor pendaftaran di Johor.
Terdapat banyak kereta yang bernombor pendaftaran luar berada di Merlimau. Bahkan sewaktu penulis meninggalkan Kerdau, semakin banyak nombor pendaftaran Terengganu dan Kelantan memasuki Kerdau. Keadaan yang sangat serupa berlaku di Merlimau memandangkan lebih banyak kereta bernombor pendaftaran Selangor, Johor dan Perak sampai dan berhenti di hadapan beberapa buah pondok PAS. Lebih menarik lagi, kebanyakan yang keluar dari kereta-kereta berkenaan adalah wajah-wajah muda yang kelihatan sangat teruja dan kelihatan sangat agresif dengan gaya seorang samseng taik kucing.
Laporan tentang pergaduhan yang tercetus di Chin Chin melibatkan penyokong-penyokong PAS dari luar dengan pemuda-pemuda UMNO tempatan. Mujurlah pergaduhan tersebut tidak berpanjangan.
Begitu juga dengan pergaduhan yang berlaku di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Merlimau yang turut melibatkan penyokong-penyokong PAS dan UMNO. Agak menarik kerana apabila polis mengarahkan pemuda-pemuda UMNO beredar, mereka melakukannya tanpa banyak merungut, sungguhpun sebahagian daripada mereka sememangnya sudah bersedia untuk 'BERTEMPUR HABIS-HABISAN', bahkan sudah ada lebih 500 orang yang sudah 'bersedia' sama ada dari Serkam, mahupun dari Umbai dan beberapa kawasan lain yang berhampiran bagi pihak UMNO.
Dan mujurlah pihak polis bertindak pantas dan sangat cekap. Kedegilan para penyokong PAS untuk mendirikan khemah di kawasan lapang di hadapan sekolah berkenaan, menjadi punca. Namun yang lebih menarik ialah, para penyokong PAS kelihatan sangat bersungguh-sungguh untuk mengawasi kawasan pusat mengundi yang melibatkan kawasan bukan bermajoriti Melayu seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Merlimau. Mungkin keyakinan mereka terlalu tinggi bahawa undi Cina lebih 40% akan berpihak kepada mereka di Merlimau.
Nampaknya, pihak polis terpaksa melipatgandakan usaha untuk menjaga keamanan memandangkan terdapat unsur-unsur untuk menakutkan para pengundi daripada keluar mengundi.
Anehnya, mereka yang begitu bersungguh-sungguh mahukan ketelusan, tetapi mereka jugalah yang paling tidak telus, dan berusaha menggagalkan proses demokrasi. Kalau sudah teringin sangat hendak BERPERANG dan BERGADUH, buat apalah bersusah-payah mencalonkan YUHAIZAT ABDULLAH sebagai calon mereka? Bawa sajalah parang, pedang, keris, pisau atau apa-apa senjata dan mulakanlah pergaduhan... bukankah itu lebih tidak hipokrit berbanding dengan perbuatan yang dilakukan sekarang?
Pihak polis pastinya akan melakukan yang terbaik untuk mengawal keganasan yang bakal dicetuskan oleh para penyokong upahan PAS yang dibawa khas dari luar Merlimau ke kawasan pembuangan undi bagi menakutkan para pengundi.
Begitu juga di Kerdau... polis pastinya akan memastikan perjalanan pembuangan undi akan berjalan dengan lancar dan tidak terganggu dek perbuatan penyokong-penyokong dari luar yang dikerahkan untuk membuat kacau oleh pihak tertentu!


3 comments:
amanat terakhir dr pemimpin mereka kot... mereka ni sama aje dengan puak2 haram hindraf... melakukan provokasi terhadap anggota keselamatan dengan alasan apabila ditangkap atau ditahan mereka akan menyalahkan umno mempergunakan pihak polis untuk menzalimi mereka... itulah matlamat mereka... nak tunjuk sebagai pejuang misti pernah kena tahan polis... alasan dan amalan orang yang bodoh...!!!
Bodohlah lu pentokong penyokong PAS...berani tak tahu tempat..
Pergilah ke Mesir atau Libya...biar korang mati katak kat situ...
Berlagak macam samseng taik kuching...Bodoh punya orang..
Orang cina India tak ada nak bergaduh bila ada pilihanraya kecil, ini melayu nak gadoh pulak...Memang balaci betul mereka ni...PKR dan DAP senyum aje...bagi mereka, kalau org melayu bergaduh sesama sendiri lebih baik...sebab baru mereka puas...org melayu tak akan jadi kuat...
salam. sesama sedara pun nak gaduh ker? Nabi x ajar semua nih..apa salahnya kempen elok2, bukan xde akal & iman pun..
jangkit dari pe'el PKR agaknye
Post a Comment