Saifuddin Abdullah hanyalah sebahagian daripada juzuk yang ditentang oleh simpatisan UMNO yang ingin melihat parti tersebut kembali kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat Malaysia. Mungkin bagi mereka yang ingin melihat UMNO dikuburkan dan dikafankan, beranggapan bahawa situasi terbaru ini sebenarnya tidak lebih daripada cubaan yang memburukkan lagi keadaan. Bahkan tidak kurang juga yang beranggapan, usaha-usaha ini sebenarnya adalah penentangan terhadap UMNO kerana tidak menyukai pemimpin di dalam UMNO.
Ada dua persepsi di sini yang sangat ketara perbezaannya antara satu sama lain. Persepsi pertama ialah, mempertahankan pemimpin bererti mempertahankan parti. Persepsi kedua ialah, mempertahankan parti tidak semestinya perlu angguk-angguk kepada pemimpin.
Bagi golongan yang mempunyai kepentingan jawatan, kuasa dan wang dalam parti, persepsi pertama akan dipegang bersungguh-sungguh. Mereka akan segera ke hadapan untuk melabelkan sesiapa sahaja yang menentang pemimpin berkenaan sebagai penderhaka dan pengkhianat. Pada masa yang sama, mereka akan berusaha melindungi keparasitan mereka di dalam parti dengan ungkapan-ungkapan yang boleh menguatkan pembelaan terhadap diri.
Kita boleh lihat perkara ini berlaku di dalam PAS. Sesiapa sahaja yang menentang pemimpin tertinggi khususnya seperti Nik Abdul Aziz akan segera dilabelkan sebagai pengkhianat. Di dalam PKR, Anwar Ibrahim menduduki hierarki teratas. Paling sadis di dalam DAP apabila semenjak ditubuhkan pada tahun 1964, sesiapa sahaja yang menentang atau tidak bersetuju dengan Lim Kit Siang akan menghadapi natijah yang sangat kejam seperti Lee Lam Thye dan sebilangan bekas pemimpin Melayu DAP pada era 70-an dan 80-an.
UMNO juga tidak berkecuali. Sebagai sebuah parti besar dan menjadi tunjang kepada pentadbiran negara ini, UMNO terdedah kepada banyak anasir termasuklah Trojan Horse. Paling menyakitkan apabila Trojan-Trojan Horse berkenaan terlantik pula menduduki jawatan tinggi dalam kabinet dan parti sedangkan pada masa yang sama, menjalankan kerja-kerja perosakan secara berterusan, sama ada secara langsung, mahupun sekadar memandu kereta mewah ke kawasan kampung atau FELDA untuk memberi gambaran kepada para pengundi, para pemimpin UMNO tidak peduli dengan kesusahan orang kampung berbanding kereta mewah mereka.
Zaman di mana para pemimpin bebas melakukan segala-galanya sudah berakhir. Terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir yang memperkenalkan dasar langit terbuka yang benar-benar terbuka sekaligus memberikan kemudahan akses maklumat yang lebih meluas dan tidak bertapis.
Cerita tentang konspirasi, cerita tentang fitnah, cerita tentang upaya menyamarkan diri dan segala macam cerita dongeng yang lain, diteliti dengan sebaik-baiknya. Usaha untuk memburukkan negara seperti yang dilakukan oleh Tony Pua, Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah, mudah dianalisa dan mudah diterjemahkan. Cerita tentang penyelewengan agama dan hukum-hakam juga mudah diatasi dengan sumber yang tidak terbatas, yang bukan sahaja melibatkan mazhab Syafie, bahkan mazhab-mazhab yang lain.
Masanya sudah tiba untuk UMNO khususnya melakukan pembersihan yang benar-benar bersih. Daki-daki dan sokongan kepada Anwar Ibrahim mahupun dasar-dasar meliberalkan Islam serta Melayu tidak perlu lagi wujud dalam UMNO. Sekalipun masih ramai orang UMNO yang masih tergapai-gapai untuk bertaqarrub kepada Allah Taala, setidak-tidaknya dalam usaha hamba kepada Khaliq akan lebih mudah menerusi jiwa yang bersih dan persekitaran yang lebih halal.
Ahli-ahli UMNO sudah tidak boleh lagi mengangguk dan hanya tahu mengiakan sahaja. Sebabnya, daya perubahan hanya terletak pada tangan mereka. Allah Taala tidak pernah memberikan pilihan mutlak kepada manusia sekalipun Islam diredhai-Nya sebagai agama 'rasmi' umat yang terpilih. Sentiasa ada golongan kiri dan golongan kanan seperti yang difirmankan-Nya menerusi Surah Al-Waqiah. Dan tidak ada sesiapa pun yang tahu, siapa yang telah diberikan hidayah-Nya dan siapa yang diberikan kesesatan, melainkan menerusi amal dan Ihsan setiap daripada kita.
Tentanglah dengan tenaga. Kalau tidak mampu, tentanglah dengan lisan dan kalau itu pun tidak mampu, tentanglah dengan hati.
Bukan parti politik yang akan menyelamatkan kita, sebaliknya perjuangan membersihkan kekotoran, najis dan daki dalam kelompok sendiri, akan turut membersihkan segala kekotoran, najis dan daki dalam diri kita sendiri.
Atas dasar itulah, hikmahnya Allah Taala menjadikan manusia berbangsa-bangsa, bersuku-suku dan berpuak-puak... sebabnya Islam itu mudah tetapi Islam itu tidak boleh dipermudah-mudahkan!


5 comments:
saifuddin abdullah should go.
saifuddin abdullah should go.
SALAM PERJUANGAN,
MOHON HEBAHKAN SATU DEMONTRASI MENDESAK ANWAR MENYERAH DNA BELIAU SECARA SUKARELA KEPADA PIHAK PENDAKWA BAGI MENEGAKKAN KEBENARAN. DEMO TERSEBUT AKAN DIADAKAN DI ARENA SQUARE BATU GAJAH, DIJANGKA 1000 ORANG AKAN HADIR.. MOHON HEBAHKAN KEPADA SEMUA BLOGGER KITA..HARAP MAKLUM
TAHNIAH BRO BERJAYA SELAK PEKUNG YANG DAH BERULAT
ADA LAGI TU
KERJA KALIAN MEMANG 'CLASS GITU'
Saya sukong vulcan933 100%.
Post a Comment