Rupa-rupanya TERLALU BANYAK VIRUS BAHLOL yang melekat dalam tubuh badan UMNO. Kedatangan ke Kerdau atau lebih tepat lagi ke Pahang mendedahkan pendapat-pendapat bangang dan bahlol yang masih tidak dapat dihapuskan sekalipun mangkok-mangkok dalam politik berterusan mempamerkan diri mereka sebagai orang yang serba advance dan berfikiran jarak jauh.Hakikatnya masih terdapat BAHLOL-BAHLOL di dalam politik yang sebenarnya langsung tidak bijak tetapi berjaya menyembunyikan diri mereka di sebalik topeng politik. Salah seorang daripada mereka adalah Exco Pelancongan Pahang.
Dia tidak percaya media baru dapat membantu UMNO dan Barisan Nasional. Dia masih beranggapan media baru merupakan barang mainan golongan remaja yang gila gadget dan suka mencuba teknologi baru.
Dalam dunia yang sudah berubah, dalam keadaan di mana revolusi rakyat tercetus tanpa membabitkan kertas dan senjata konvensional, masih ada lagi makhluk-makhluk dari zaman Jurrasic yang masih cuba berlagak yang mereka adalah pemimpin masa hadapan.
Besar kemungkinan Exco berkenaan tidak langsung mempunyai otak atau barangkali tahap pembelajaran dan persekitarannya pula hanyalah Gua Kota Gelanggi. Mungkin juga makhluk ini kalau dia nak makan ikan, dia akan ke sungai, menyelam atau menuba. Kalau nak rumah, dia akan ke hutan mencari balak yang boleh dibuat tiang seri, kemudian mencari buluh untuk dibuat dinding dan lantai. Untuk buat atap pula, dia perlu menanggung beberapa beban pelepah bertam yang akan dijalin dan kemudian disusun dan diikat pada rangka atap yang diperbuat daripada kayu kemahang.
Sama ada Exco berkenaan sekadar bergurau atau sebaliknya, yang sahihnya, dia bukanlah seorang pemimpin yang baik dan boleh membuat perancangan pada masa hadapan. Dia masih tidak tahu tentang teknologi penghapusan kertas. Barangkali sudah sampai masanya untuk pemimpin yang sebangang dan out-of-date ini dicantas keluar dan disuruh untuk menjadi budak pejabat sahaja.
Bayangkanlah, UMNO hampir hilang negara ini menerusi pembabitan media baru, sedangkan Exco berkenaan masih tidak tahu dan tidak sedar pun!!!
Betapa jahilnya dia!!!!


1 comments:
Markos, Suharto dan Hosni juga mempunyai pemikiran seperti itu. Yang tak dapat dikonfemkan ialah sama ada yang di bumi kenyalang itu berada pada kedudukan sama waktu dengan yang di Pahang atau tidak.
Ehemm!!
Post a Comment