PAS bertanding di lima kawasan DUN Sarawak iaitu Beting Maro, Sebuyau, Muara Tuang, Tanjung Datu dan Saadong Jaya. Satu-satunya kerusi yang ditandingi oleh PAS pada pilihanraya negeri yang lepas adalah di Beting Maro. Pun demikian, berkat 'baik hati' PKR, PAS kali ini diberikan hak untuk bertanding di lima buah DUN.Kalau berdasarkan gambaran yang diberikan oleh para pembesar PAS, PAS mempunyai peluang yang agak cerah dalam pilihanraya negeri kali ini. Kesungguhan PAS untuk menakluk sekurang-kurangnya satu kerusi di Sarawak begitu terbukti menerusi kempen yang dijalankan sebelum hari penamaan calon lagi.
Biarpun PAS tidaklah seaktif PKR dan Anwar Ibrahim yang ingin menjajah Sarawak kerana kekayaan negeri ini, namun atas alasan berdakwah dan 'memperkenalkan' Islam, PAS tetap bercita-cita untuk menguasai kerusi, setidak-tidaknya tiga daripada lima yang ditandingi.
Persoalan paling besar ialah, mampukah PAS dengan cita-cita 'murni' itu? Adakah PAS menjangkakan, sebagaimana yang diwar-warkan oleh PKR dan Anwar Ibrahim, rakyat Sarawak sudah bersedia memilih PAS berbanding parti tempatan? Atau adakah PAS melihat kesungguhan dan iltizam rakyat Sarawak melakukan perubahan di negeri ini dengan memilih parti dari Semenanjung untuk mewakili mereka?
Paling penting, adakah benar wujud penentangan terhadap Taib Mahmud dan PBB serta Melanau-Islam yang menjadi kelompok pentadbir di Sarawak seperti mana wujudnya tentangan rakyat Malaysia terhadap Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin pada Mac 2008 dahulu?
Daripada tinjauan rambang yang dibuat, tidak banyak persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat Sarawak terhadap Taib Mahmud. Sekitar Kuching Selatan dan Utara, sentimen kebencian terhadap Taib Mahmud tidak ditunjukkan meskipun kawasan ini 'secara tradisinya' Parlimennya adalah milik DAP.
Gelombang kebangkitan dan perubahan seperti tahun 2008 hampir tidak wujud di Sarawak. Walaupun PKR dan DAP kelihatan cuba menggambarkan situasi tersebut, hakikatnya kebanyakan rakyat Sarawak masih senang dengan Taib Mahmud. Pengundi di Pantai Damai yang ditemui secara jelas, menolak kehadiran parti-parti dari Semenanjung!
Justeru, penyertaan PAS dan keyakinan yang ditunjukkan oleh kepimpinan parti tersebut, agak meragukan. Tanpa UMNO, PAS ibarat seperti keju di tengah panas. Tanpa UMNO di Sarawak, p para pemimpin PAS bagaikan anak ayam kehilangan ibu!
Itu yang dikatakan oleh salah seorang penyokong PAS yang datang dari Perak yang ditemui malam tadi di HOTEL SOMERSET, KUCHING!!!


4 comments:
5 aje tak berbaloi terbang ke swrawak pok nik oiiii
sape kate tak bebaloi... tambang kerajaan negeri bayar.....
kabornya pembangkang akan menang besor!! pasal sentimen Taib
dan bilamana pembangkang kalah... maka di "BODOH"kan pengundi.... hahahaha...
xpercaya???? tengok la nanti....
mcm tu nak jadi pemimpin????
Post a Comment