Tuesday, April 5, 2011

ANEH... TETIBA SAHAJA NURUL IZZAH DAN MAHFUZ JADI BAIK!!!!

Masa kecoh cerita Datuk T menjemput wartawan dan editor media untuk menonton video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, baik Anwar Ibrahim mahupun para pemimpin Pakatan yang lain, termasuklah sebilangan pemimpin PAS bingkas menjawab dengan pantas. Semuanya menafikan tentang pembabitan Anwar Ibrahim. Kata mereka, video berkenaan adalah konspirasi dan fitnah, bahkan dikatakan pula, video tersebut telah dibikin sedemikian rupa untuk menghapuskan riwayat Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia.

Bagaimanapun, apabila Ketua Polis Negara mengesahkan video tersebut adalah tulen, sudah mulalah kekenduran di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat. Namun apabila desakan demi desakan agar pihak berkuasa dan kerajaan mewujudkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk video berkenaan, suara Anwar Ibrahim kedengaran. Suaranya kemudian disahut oleh para penyokongnya yang mengecam Datuk T dan perbuatan mereka mendedahkan kewujudan video tersebut. Mereka mengambil dari sisi perbuatan mendedahkan untuk mengecam, bukannya terhadap orang yang didapati berzina dengan pelacur China yang dirakamkan di dalam video tersebut.

Setiap hari, itulah beritanya. Daripada pemimpin tak ada otak, sampailah pemimpin agama, semuanya pakat memberikan pandangan masing-masing dan mengecap perbuatan Datuk T sebagai politik kotor dan politik lucah.

Tiba-tiba semalam satu lagi dentuman berlaku. Gempar selama 11 jam apabila video yang menunjukkan watak seorang lelaki yang kelihatan seperti Anwar Ibrahim, muncul dan disiarkan oleh YouTube. PKR menerusi portal berita mereka, serta-merta mengeluarkan kenyataan bahawa lelaki tersebut bukanlah Anwar Ibrahim menerusi hujah-hujah mereka.

Namun sesuatu yang paling mengejutkan ialah, apabila beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat seperti Mahfuz Omar dan Nurul Izzah menyatakan, mereka akan ALL OUT untuk menyerang balas video tersebut.... HANYA SELEPAS PRN SARAWAK!!!

Apa sudah jadi? Selalunya, kalau tak ada cerita pun, Pakatan Rakyat sanggup mereka-reka cerita tentang alibi mereka yang tersendiri. Alih-alih para pemimpin Pakatan Rakyat menyatakan bahawa tentangan tidak boleh mereka lakukan sekarang kerana PRN Sarawak tidak akan terjejas dengan video berkenaan. (BACA DI SINI)

Apakah sebenarnya mereka sangat bimbang sekiranya bahagian kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan dimuatnaik di YouTube dan kali ini wajah lelaki bertuala putih itu akan kelihatan lebih jelas dan dapat menentukan sejauh mana moral Anwar Ibrahim di dunia ini atau sebagaimana yang dikatakan oleh kawan-kawan rapatnya bahawa Anwar Ibrahim mempunyai pelbagai muka dan perwatakan!!!

Yang sohehnya video berkenaan tidak akan 'BERSENDIRIAN'.... ia bagaikan serangan santau kepada Anwar Ibrahim... tidak membunuh terus, sebaliknya menyeksa dan memeritkan sehinggalah hayat politik Anwar Ibrahim berakhir dengan maruah serta moral yang sangat tercalar!!!

7 comments:

Zakir on April 5, 2011 3:44 PM said...

tulisan2 TFK selalunya memang menyentapkan hati pembaca dengan ending yang menuju klimaks dan terus merudum tamat. Tak sempat nak bernafas bila membacanya. Caya la TFK. Memang...doa2kan daripada usaha PR terutama PAS mendiri solat hajat berjamaah, sumpah muhabalah Sepol pada 2008 dilihat telah mula dimakbulkan Allah sedikit demi sedikit. Allah Maha Adil. Kebobrokan individu pencetus masalah akan dibuka hijabnya satu persatu dan terpulangkan kepada umat manusia untuk menilainya. Janganlah hingga Allah menghempap dengan bala yang nyata barulah masing2 ingin percaya... Nampaknya juak2 anuar masih sukar untuk menerima hakikat...

Anonymous said...

36 kotak rahsia..baru 3 kotak dibuka.

Audrey Taib on April 5, 2011 3:58 PM said...

i rasa...hidup anwar ni tak lama lagi. apa lagi lah nak dipertahankan oleh pkr dan pakatan pembgkang yang lain. baguslah tu nuar oi..i rasa bang nuar kena lah berundur..isk..isk...malu anak cucu tengok video bang nuar dah tersebar....

tfk..kalau sudi add le blog i yang baru nak mula...kita di satu aliran yang sama...

eXception on April 5, 2011 4:17 PM said...

1 Malaysia...
Sudah tengok klip video Anwar
1 Malaysia...
Berbicara tentang isu klip video Anwar
1 Malaysia...
Kenal orang dalam klip video itu ialah Anwar...
1 Malaysia...
Anwar bikin pusing cerita, itu bukan dia, tapi adik sepupu laki mak tiri belah nenek sepupu sepapat moyang laki mak tiri dia...
1 Malaysia...
Anwar bikin pusing mengatakan isu konspirasi UMNO...
1 Malaysia...
PAS bikin pusing... Tonton video seks HARAM... Buat seks dengan China Doll TAK HARAM...
1 Malaysia...
Jadi confuse... Mana yang betul mana yang palsu...
1 Malaysia...
Kita pakat desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja...
1 Malaysia...
Bakal jadi saksi, siapa benar, siapa penipu...

enjit2 on April 5, 2011 5:26 PM said...

Hehe. Kalo si Nurul Izzah ckp dia kene concentrate PRN Sarawak okla gak sbb PKR byk juga kerusi yg bertanding. Ni si Mahfuz aka Mr Bean ni ckp mcm la PAS busy sgt kat Sarawak tu sampai takleh nak counter attack isu video ni. Ngaku je la yg PAS skang ni dah rosak imej disebabkan "Anugerah Tuhan". Pape pon doa masa solat hajat beramai2 dah termakbul. Yakinlah pada petunjuk Ilahi.

Bantuan Kewangan Penjawat Awam?

Anonymous said...

Bukan apa ma..Anugerah Tuhan lum dapat ilham lagi, apa ler nak diputau kali ni..

Sama2 kita tunggu!!

Anonymous said...

semalam ke bila ka..saya tgh drive kete.. dengar berita "Pucuk pimpinan PKR sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kes video yg dikatakan melibatkan DSAI."

Saya ketawa sorang dlm kete..hahahahaha... first time depa tolak penubuhan Royal Commission..heheh..takut apa kalo benaq?... Depa takut kot kot benaq kot. heheh.

Tapi kita pun tau mmg benaq pun.. ..bukan kot kot lagi.

PKR dah jadi Parti Kot2 Ranap.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template