Jurufoto PERAK TODAY yang 'dipinjam' untuk menjadi model di mercu Bandaraya Kuching Utara.
Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan mana-mana bandaraya di Semenanjung, dan kali pertama tiba di Kuching, Sarawak, sudah pasti akan perasankan sesuatu yang sememangnya terlalu berbeza. Sekalipun para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim memberikan gambaran bahawa orang Sarawak mundur dan ditekan serta ditipu oleh Taib Mahmud, hakikatnya Bandaraya Kuching sama ada Selatan mahupun Utara serta beberapa bandar lain, JAUH LEBIH BERSIH berbanding bandaraya lain di Semenanjung.



Tiada poster dan pelekat-pelekat iklan ubat kuat, pinjaman Ah Long, bahkan gerai-gerai haram di tepi-tepi jalan juga tidak kelihatan. Sampah-sarap amat sukar dilihat. Permukaan jalan juga tidaklah seperti permukaan jalan di seluruh Selangor yang dikatakan model terbaik yang akan diperolehi oleh rakyat Sarawak sekiranya mereka memilih Pakatan Rakyat menggantikan Taib Mahmud dan Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri.
Dan perkara ini turut disentuh oleh beberapa orang rakan sama ada dari kalangan blogger pro-Pakatan, mahupun wartawan-wartawan media dan beberapa pihak seperti Tourism Malaysia yang datang berkampung di Kuching. Itu adalah pendapat yang 'DISATUKAN'.
Bagi mereka yang sudah biasa melihat lipas, TIKUS, anjing liar mahupun kucing tidak bertuan di Kuala Lumpur, pastinya Kuching dianggap sebagai sebuah bandaraya yang mempunyai tahap kebersihan yang SANGAT LUAR BIASA.
Bahkan bagi sesiapa yang sering ke Georgetown, Butterworth, Kota Bharu mahupun Alor Setar, pastinya akan turut bersetuju, Sarawak YANG DIKATAKAN TIDAK BERTAMADUN dan MASIH LAGI BERCAWAT mempunyai tahap kesedaran tentang kebersihan dan pengurusan bandaraya, jauh lebih hebat berbanding mereka yang sering mendabik dada sebagai golongan yang sangat hebat ilmu dan amalnya.
Bagaimanapun, dengan kedatangan beramai-ramai puak dari Semenanjung - termasuklah penulis - untuk membantu kempen, menjalankan kempen, melaporkan kempen, mahupun menangkis kempen, pasti akan meninggalkan satu pengaruh besar kepada golongan tempatan. Sikap agresif dan seringkali menunjuk serba pandai dalam segala hal, tentunya sukar dibuang apabila berada di Tanah Rentap Sungai Skrang ini.
Atau barangkali juga, kebanyakan puak dari Semenanjung memperolehi teladan dan pengajaran daripada 'kebodohan' atau 'masih pakai cawat' Sarawak menerusi pemerhatian masing-masing, terutama tentang kebersihan dan pengurusan bandar. Tidak guna mengimport KEBUSUKAN, KEONARAN dan KETOLOLAN dari Semenanjung ke Sarawak semata-mata untuk mengembungkan tembolok seseorang yang dinamakan oleh mak bapanya sebagai Anwar Ibrahim!!!
Malah kalau Nik Abdul Aziz datang ke Sarawak, mungkin dia boleh belajar bagaimana hendak membersihkan BANDARAYA ISLAM KOTA BHARU daripada segala macam sampah-sarap dan kekotoran, dan bukannya hanya BERSIH dari segi slogan dan retorik semata-mata.
Dan setakat penulis berada di sini semenjak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, belum seekor TIKUS pun penulis dapat lihat termasuklah di tempat makan di tepi Sungai Sarawak yang berhadapan dengan Fort Margherita yang sangat terkenal itu!!!


1 comments:
salam tuan..link kn blog anak negeri..
Post a Comment