
Model Victoria's Secret, Candice Swanepoel, 22, mengejutkan orang ramai yang melihat kemunculannya dengan badannya yang semakin kurus ketika perasmian pakaian renang Victoria's Secret awal minggu ini.
Namun, model dari Afrika Selatan itu mempertahankan penurunan berat badannya yang drastik dengan mengatakan dia sangat sihat dan gembira.
"Saya gembira mengetahui ramai yang mengambil berat tentang saya tetapi dalam hal ini, semuanya adalah normal dan baik," ujarnya.
Candice mengatakan fizikalnya yang terlalu kurus itu kerana mengamalkan diet, bersenam serta tekanan.
Pada November lalu, dia memberitahu ABC News yang jadual kerjanya yang ketat dan memenatkan membuatkan berat badannya semakin menurun.
"Saya telah berjalan ke sana-sini seperti gila. Saya akan semakin kurus jika saya sibuk," tambahnya.
Candice menyerlah dalam majlis itu berbanding rakan modelnya Alessandra Ambrosio dan Adriana Lima kerana kakinya yang kecil dan halus serta perutnya yang cengkung.
Adriana dan Alessandra kelihatan langsing mengenakan baju renang berwarna hitam manakala Candice kelihatan amat kurus kering.
Sumber: UTUSAN ONLINE


0 comments:
Post a Comment