Kalau hendak temberang, Pakatan biasanya akan memulakan isu dengan RAKYAT. Konon-kononnya rakyat ada di belakang mereka. Konon-kononnya mereka mewakili keseluruhan rakyat Malaysia. Konon-kononnya mereka telah dilantik untuk mengawal, menguasai dan memantau rakyat. Dan konon-kononnya, rakyat telah memberikan kuasa kepada mereka tetapi kuasa tersebut telah dirampas oleh UMNO sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim tidak dapat naik sebagai Perdana Menteri Malaysia.Itu cerita Pakatan walau di mana pun mereka pergi!!!
Dan sekali lagi, nama RAKYAT dipersendakan oleh Pakatan. Pakatan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh portal berita rasmi PKR, Keadilan Daily memetik Ketua Penerangan PAS Pusat, Suhaizat Kayat sebagai berkata, 'rakyat' khuatir kerana trio Datuk T masih lagi tidak ditangkap dan dibimbangi akan mencetuskan huru-hara atau dalam bahasa halusnya, 'masalah'.
Menurut Suhaizan Kayat lagi, rakyat kecewa kerana ketiga-tiga orang Datuk itu masih belum ditangkap dan didakwa walaupun mereka telah melanggar Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan video lucah.
Siapakah rakyat yang dimaksudkan oleh Suhaizan Kayat? Adakah para penyokong Pakatan sahaja yang dikira sebagai rakyat? Bagaimana pula dengan jutaan orang yang tidak menyokong mahupun menerima Pakatan Rakyat di Malaysia? Tidakkah mereka juga dikira sebagai rakyat Malaysia?
Penyiaran sebahagian kecil yang didakwa sebagai video lucah Datuk T, sungguhpun beberapa pihak menafikan tayangan 1 minit 47 saat di YouTube itu adalah video yang sama, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran. Cerita tentang Anwar Ibrahim selama ini sekadar berkisar di kalangan para pemimpin, inner circle dan mahkamah. Masih ramai rakyat Malaysia yang buta kayu tentang siapa sebenarnya Anwar Ibrahim sehinggakan sebilangan besar daripada mereka masih lagi tertipu dek penampilan dan cakap-cakap Anwar Ibrahim.
Apakah Suhaizan Kayat sebenarnya berasa ngeri kerana rakyat Malaysia sudah mulai sedar tentang munafiqnya Anwar Ibrahim sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan yang bolehlah disifatkan sebagai kenyataan kerbau makan kayu? Sedangkan sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS yang sudah tentu cukup arif tentang pemilihan pemimpin seperti yang dilaung-laungkan dalam beberapa kes melibatkan pemimpin UMNO, Suhaizan sudah pasti sangat tahu bahawa AIB PEMIMPIN PERLU DIBUKA DAN DIDEDAHKAN!!!
Atau barangkali Suhaizan sebenarnya seorang yang JAHIL dalam hal ini walaupun PAS sebelum ini telah mengeluarkan hujah bersandarkan kepada hujah Imam Al-Ghazali dan Imam Al-Nawawi selain hujah Ibn Hajar tentang enam perkara KEHARUSAN membuka AIB dan MENGUMPAT?
Dan kalaulah benar orang yang bernama Suhaizat Kayat ini seorang yang memahami serta menyanjungi sistem Islam, pastinya dia tidak akan mengeluarkan kenyataan pembelaan yang sangat berbeza dengan apa yang diajarkan oleh kaum ulama yang lebih muktabar.
Justeru, di mana sebenarnya pegangan Islam Ketua Penerangan Pemuda PAS ini apabila dia berhujahkan sebahagian dan menutup sebahagian yang lain? Di mana imannya seorang yang bernama Suhaizan Kayat apabila sesuatu aib pemimpin UMNO segera dibuka dan ditelanjangi bahkan difitnah seperti kes Altantuya Shiiribu dengan Najib Abdul Razak tanpa sebarang fakta dan data tetapi kes yang melibatkan Anwar Ibrahim yang mempunyai data dan fakta termasuklah rekod mahkamahnya, Suhaizan Kayat mempunyai pendekatan serta pendapat yang berbeza?


0 comments:
Post a Comment