Saturday, April 9, 2011

BUDAYA POLITIK GANAS SEMENANJUNG SUDAH SAMPAI KE SARAWAK!!!!

Budaya politik Semenanjung dan Sarawak sememangnya sangat berjurang. Budaya politik di Semenanjung lebih ganas dan lebih tidak beradab. Dan apabila datangnya parti-parti politik dari Semenanjung untuk bertapak di Sarawak, mereka turut membawa budaya ganas budaya politik Semenanjung ke negeri ini.

Itulah yang berlaku dan itulah yang dibuktikan apabila budaya merosakkan poster, papan tanda dan sebarang alat kempen oleh agen-agen 'parti Semenanjung' sudah dapat dilihat di Sarawak. Kejadian pertama vandalisme adalah melibatkan papan kempen calon DUN Pujut Andy Chia dari SUPP yang diruntuh dan dirosakkan. Kemudian, papan tanda calon SUPP Sim Chiang Chok calon DUN Padungan dirosakkan dan disimbah dengan cat merah berdekatan dengan Bulatan Jee Foh.

Bendera dan poster calon Barisan Nasional turut dibakar di Muara Tuang!

Mungkin bagi sesetengah orang, apa yang sedang berlaku sekarang, tidaklah setara mana. Namun itulah sebenarnya permulaan bagi politik ganas dan tidak beradab seperti yang berlaku di Semenanjung. DAP dan PKR sudah pun menunjukkan belang mereka untuk bertindak lebih ganas.

Bermula dengan pembakaran dan merosakkan papan tanda serta poster calon parti lawan, mereka akan memulakan politik berarak, menimbulkan huru-hara dan kekacauan. DAP sebagai contoh sudah pun mula menggunakan senjata Kristian versus Islam dalam setiap kempen mereka sama ada di Sarawak mahupun di seluruh negara.

Manakala PKR pula cuba menimbulkan sentimen kebencian dan pemberontakan terhadap kerajaan sedia ada bagi memudahkan mereka menang dalam pilihanraya.

Rakyat Sarawak seharusnya perlu berhati-hati dan tidak memberi ruang kepada anasir-anasir sebegini di Bumi Kenyalang. Memberi ruang walau sedikit pun kepada PENGGANAS DARI SEMENANJUNG ini sudah pasti akan membuatkan keseluruhan rakyat Sarawak akan merana dan menderita seperti RAKYAT SELANGOR DAN PULAU PINANG selepas Mac 2008.

2 comments:

Anonymous said...

Muak betul dengan cerita politik, sudah2 lah tu... banyak lagi kerja berpaedah lain boleh dibuat...

Duit FREE!

Nilailah sendiri....

Eton said...

Jangan menyalahkn pihak lawan skiranya sudah mula ganas krna ini menunjukkn lawan sudah muak dan jelik duduk di bawah pimpinan yang memerintah selama ini.

di manakah yg dikatakan keadilan???

oh! lupa pulak. malaysia adil? =)

hanya nampak 1 parti seolah2 wujud d malaysia melalui media massa. siapa?? tahu2 sendiri...

dan mengapa pula tidak dberikan hak utk pihak lawan berkempen melalui media massa? takut? gentar?

rakyat sarawak sudah mampu berfikir sekalipun masih tinggal di atas pokok, masih ramai yg buta huruf, miskin dan dilupakan.

dan keputusan kemenangan berganda pembangkang kali ini 2011 menunjukkan bukti =)

Pembangkang menang d kebanyakan kwsan bandar d kuching dn miri adalah bukti suara sarawak.

sarawak mahukan perubahan!
sudah jelik melihat dan merasai pemerintahan yg sama bertahun tahun!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template