Monday, April 4, 2011

BUKU LUCAH ANWAR PULA NAK MASUK SARAWAK!!!!

Nampaknya komik lucah Anwar Ibrahim tidak sahaja popular di Lembah Pantai yang dituduh oleh Khalid Samad sebagai kerja Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, sebaliknya turut popular di Sabah. Khabarnya, komik lucah atau buku lucah tersebut berjudul 'MENTOR 5' juga mengisahkan tentang kelakuan serta perangai lucah keterlaluan Anwar Ibrahim.

Buku tersebut mengandungi foto-foto Anwar Ibrahim dalam pelbagai komposisi yang dihiasi dengan dialog-dialog lucah, mengandungi 14 muka surat. Buku itu juga dicetak dalam warna selain dihiasi dengan karikatur menggambarkan Anwar Ibrahim bertelanjang bersama seorang yang lain dan sedang melakukan kelucahan melampau.


Agak aneh juga memandangkan buku lucah tersebut dikirimkan menerusi pos dan berdasarkan daripada setem yang ada pada bungkusan tersebut, ia dihantar dari Pahang. Paling aneh, memandangkan terdapat banyak sangat sekarang buku serta komik-komik lucah membabitkan Anwar Ibrahim, ia tidak beredar secara besar-besaran sebaliknya hanya kepada orang perseorangan dan kawasan tertentu seperti Lembah Pantai.

Ada semacam JALAN CERITA dan SUB-PLOT yang dirancang untuk mendapatkan simpati buat Anwar Ibrahim yang digambarkan sebagai orang tidak bermoral selain cerita-cerita tentang politik jijik yang menjadikan moral seseorang sebagai bahan kempen.

Dan tidak keterlaluan juga kalau dikatakan, moral bukan lagi perkara penting. Sebaliknya moral seseorang pemimpin tidak boleh sama sekali dijadikan bahan kempen kerana ia dianggap melanggar privasi seseorang meskipun orang itu adalah pemimpin politik.

Adakah kempen agar MORAL TIDAK DIAMBIL kira dalam pemilihan pemimpin sudah diterima secara meluas oleh rakyat Malaysia? Pendedahan tentang salahlaku dan perbuatan tidak bermoral pemimpin tertentu dianggap sebagai menjijikkan dan orang yang mendedahkannya tidak salah?

Memang sudah terbalik benar kaedah berpolitik di Malaysia... jangan hairan tak lama lagi, rakyat Malaysia sudah boleh bersetubuh di tempat-tempat awam atau berbogel beramai-ramai tanpa sebarang kesalahan dan perasaan jijik kerana ia bersifat privasi!!!

Hebat gerakan liberalisme dan moderat yang dianjurkan oleh PKR dan Anwar Ibrahim!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template