Isu kematian Teoh Beng Hock dimainkan sebegitu rupa oleh DAP dan Pakatan Rakyat ketika munculnya isu penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor. Akhirnya kisah penyelewengan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya disenyapkan, sebaliknya yang ditimbulkan di seluruh Malaysia adalah kematian Teoh Beng Hock dan segala kesalahan diletakkan ke bahu SPRM.Dan sekarang, prosiding siasatan membabitkan Suruhanjaya Diraja sedang berlangsung tetapi dikatakan tidak dapat kerjasama sepenuhnya daripada keluarga Teoh Beng Hock sendiri mahupun para pemimpin DAP.
Isu terpanas kini adalah video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Dan di tengah-tengah kehangatan itu, muncul satu berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh Anwar Ibrahim dan para penjilatnya iaitu kematian Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Utara Pelabuhan Kelang, Ahmad Sarbini Mohamed, 56 tahun.
Mungkin kalau bukan kerana Teoh Beng Hock dan video panas Anwar Ibrahim, pastinya kematian Ahmad Sarbini tidak akan hangat diperkatakan. Apatah lagi berdasarkan namanya, Ahmad Sarbini adalah seorang Melayu yang sudah tentu kurang menarik perhatian DAP dan Pakatan Rakyat. Lainlah kalau Ahmad Sarbini itu mempunyai masalah dengan PDRM yang dianggap sebagai musuh oleh Pakatan Rakyat.
Sesuatu yang sangat pasti ialah, kematian Ahmad Sarbini tentu akan digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat, terutama sekali oleh Anwar Ibrahim dan para penjilatnya. Inilah masanya dan inilah isunya untuk menjauhkan rakyat Malaysia daripada video panas yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.
Secara tidak rasmi, Pakatan Rakyat tidak berminat langsung dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat video berkenaan yang kali pertama didedahkan oleh trio Datuk T kepada wartawan serta editor terpilih. Namun tidak mustahil juga sekiranya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan mendesak agar Suruhanjaya Diraja diwujudkan untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbini berbanding menyiasat video yang membabitkan Anwar Ibrahim itu.
Maka sudah bersediakah rakyat Malaysia untuk menyaksikan satu lagi 'drama' tentang Suruhanjaya Diraja yang membabitkan para pemimpin Pakatan Rakyat dalam usaha untuk membela Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan video lucah yang sedang hangat 'di pasaran'.


2 comments:
hoho...PKR cuba menangguk di air keruh berikutan kes kematian pegawai KDRM nih. Belum apa2 dah create akaun dalam facebook nak raih sokongan...nampak sangat penipu kunun semua warga KDRM akan sokong PKR pada PRU13 nanti!...piiiirahhh!
memangla kita tak nak perkara seumpama ini terjadi..
tapi ramai dah mula nak jadi hero.
isu utama iaitu membanteras rasuah sudah dilupakan..
apala nak jadi ni?
Post a Comment