Hishamuddin Hussein yang seringkali dikaitkan dengan AMARAN, AMARAN KERAS dan MEMBERI AMARAN telah memulakan prosiding saman dengan menghantar surat tuntutan kelmarin. Hishamuddin juga mahu Ketua Umum PKR yang dikaitkan dengan video lucah itu agar menarik semula kenyataannya sebelum dalam tempoh 48 jam selepas surat tuntutan itu diberikan kepadanya. Selama ini, Anwar sahaja yang sibuk menyaman orang lain ratusan juta ringgit. Kini tibalah masanya untuk dia pula yang berhadapan dengan tuntutan saman yang berjumlah ratusan juta ringgit. Kalau sebelum ini, dia yang paling sibuk meminta orang yang dituduhnya membuktikan yang mereka tidak bersalah, sekarang sudah sampailah masanya untuk dia pula membuktikan yang cakapnya betul.
Anwar Ibrahim merupakan DEWA PEMBOHONG paling hebat yang pernah dilahirkan di bumi negara ini. Belum pernah lagi mana-mana ahli politik yang mampu berbohong secara terang-terangan seperti Anwar Ibrahim dan kemudian menyalahkan orang lain apabila penipuannya terkantoi. Belum pernah lagi mana-mana ahli politik di Malaysia yang apabila penipuannya terdedah akan mengatakan ianya adalah KONSPIRASI dan FITNAH kecuali Anwar Ibrahim. Malah sepanjang sejarah Malaysia, belum pernah ada lagi pemimpin yang tahu tembelangnya sudah pecah, akan berusaha meyakinkan orang ramai bahawa dia adalah seorang yang menentang penipuan dan pendustaan... dan anehnya dia berjaya melakukan helah tersebut dengan sebahagian besar penyokongnya masih percaya, Anwar Ibrahim tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didedahkan!!!
Justeru tindakan Hishamuddin Hussein Onn untuk menyaman Anwar Ibrahim adalah kena pada masanya. Cuma satu sahajalah yang dibimbangkan... Hishamuddin Hussein sekalipun suaranya besar, keras dan berapi-api, tetapi hatinya lembik bagaikan agar-agar cair... jangan pula dia yang meminta maaf daripada Anwar nanti sudahlah!!!


1 comments:
"Hishamuddin Hussein sekalipun suaranya besar, keras dan berapi-api, tetapi hatinya lembik bagaikan agar-agar cair... jangan pula dia yang meminta maaf daripada Anwar nanti sudahlah"
-BESAR KEMUNGKINAN!!
Post a Comment