Isu jam tangan OMEGA dan penyerahan DNA telah menyebabkan Anwar Ibrahim dan PKR berada di kancah kesusahan. Dua sekutu kuat PKR iaitu PAS dan DAP tidak menunjukkan sokongan yang utuh, sekaligus menyebabkan kedua-dua isu berkenaan menjadikan Anwar Ibrahim dan PKR bersendirian.Pendapat yang berbeza di kalangan para pemimpin utama PAS tentang penyerahan DNA, memberikan petunjuk bagaimana Anwar sebenarnya telah berjaya merobak-rabikkan perpaduan dan kesepaduan pendapat di dalam parti berjenama Islam itu. DAP seperti biasa, tidak peduli dengan apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim dan PKR selagi mereka mampu menggunakan Anwar untuk menolak DAP ke hadapan.
Selepas kena checkmate dalam isu DNA, satu lagi isu yang memeningkan Pakatan Rakyat adalah isu JAM TANGAN OMEGA. Seperti yang diketahui, jam tangan tersebut merupakan 'alibi' utama dalam video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.
Sehingga setakat ini, isu tentang jam tangan OMEGA, kurang menarik perhatian dan ulasan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat sungguhpun pada masa yang sama, sebilangan daripada mereka cuba menolak kewujudan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk kes video panas itu.
Para pemimpin DAP dan PAS terpaksa menutup mulut kerana pembuktian daripada Wan Azizah yang dikatakan menyimpan jam tangan tersebut, tidak begitu meyakinkan. Wan Azizah sekadar menggunakan dirinya sebagai umpan dan modal untuk mempertahankan serta menolak andaian bahawa suaminya tidak terlibat dalam masalah moral yang sangat teruk.
Hanya segelintir pemimpin PAS yang sememangnya diketahui sangat 'meminati' Anwar Ibrahim yang masih melalak-lalak bahawa apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim adalah fitnah, konspirasi dan perbuatan jahat UMNO, sedangkan sebahagian besar selain akar umbi berpendapat apa yang berlaku sebenarnya adalah KEJAHATAN TULEN Anwar Ibrahim sendiri tanpa melibatkan orang lain.
Kehangatan pilihanraya kecil di Sarawak di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, sememangnya tercemar dan teruji dengan isu Jam Tangan OMEGA dan DNA Anwar Ibrahim yang sehingga kini masih gagal dibuktikan dan diserahkan oleh Anwar Ibrahim mahupun isterinya.
Satu lagi isu yang setaraf dengan DNA dan jam tangan OMEGA membabitkan Anwar Ibrahim, sudah pasti akan menjadikan Anwar Ibrahim dan PKR sebagai 'kera sumbang' di negara ini. Jangkaan ramai, selepas PRN Sarawak berakhir, sesuatu yang 'besar' akan berlaku dalam Pakatan Rakyat membabitkan Anwar Ibrahim dan PKR.
Benar atau tidak maklumat tersebut, nantikan sahaja saat dan ketikanya. Apatah lagi, PKR sedang memperjudikan masa hadapan parti tersebut di Sarawak dengan keserakahan membolot kerusi-kerusi yang hendak ditandingi tanpa menyedari kekuatan yang mereka miliki, tidak setanding langsung dengan cakap besar dan impian tinggi Anwar Ibrahim!


3 comments:
minta pihak polis panggil azizah,kalid,karpal dan izzah bagi keterangan sebab mereka tahu di mana jam tangan omega yang di dakwa ada dalam simpanan zizah.bawa sekali surat beranak jam tersebut...panggil Dato T dan perempuan china buat pengecaman...harap polis cepat siapkan kertas siasatan tersebut dan rujuk pada DPP..abis cerita..
Harap PAS sedar bahawa Anuar adalah musuh dalam selimut untuk memporak perandakan bangsa dan umat Islam diMalaysia ini... Dia hanya menggunakan pengetahuan agamanya untuk memerangkap PAS supaya cita dan program yahudinya (New World Order - One Government) dilaksanakan... Adalah penting PAS Dan BN bermuafakat supaya bangsa dan agama kita terpelihara... Fikirlah bersama akan masa hadapan anak2 dan cucu cicit bangsa kita...
Serious aku jadi menyesal sebab undi PAS and sokong benar dengan Anwar Ibrahim. Bukaklah mata wahai ahli keluargaku yang lainn
Post a Comment