Saturday, April 9, 2011

JANJI RM400 SEBULAN PAKATAN KEPADA WARGA EMAS SARAWAK, JANJI BIAWAK BUSUNG!!!


Salah satu daripada janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Sarawak seandainya mereka dapat menguasai Sarawak ialah menghapuskan kemiskinan tegar dan memberikan RM400 sebulan kepada warga tua. Harapan mereka, dengan janji itu warga tua yang sebelum ini cukup dikenali sebagai penyokong setia Barisan Nasional akan berpaling tadah.

Rasuah yang cuba ditawarkan oleh Pakatan Rakyat tidak ubah seperti yang dilakukan mereka ketika PRU 12 di Selangor dan Pulau Pinang. Apa yang berlaku selepas itu ialah, PENIPUAN BESAR-BESARAN dan PENDUSTAAN NYATA.

Sekalipun DAP cuba mempromosikan RM100 kepada warga tua setahun di Pulau Pinang, PKR di Selangor hanya beretorik dan melaksanakan janji mereka di dalam berita yang disiarkan oleh portal serta media mereka semata-mata, sedangkan hakikatnya ia tidak pun diamalkan. Bahkan bantuan untuk kematian yang dimanifestokan pun, hampir tidak ada dengan pelbagai alasan yang sangat sukar diterima akal. Begitu juga dengan bantuan kepada tiga orang pelajar terbaik yang kononnya akan dimasukkan ke akaun sampai sekarang belum terlaksana. Rasuah menerusi Tabung Haji pun masih lagi berjumlah RM2 untuk setiap akaun sekalipun sudah lebih tiga tahun PKR berkuasa di Selangor.

Pakatan berharap dengan menggunakan teknik PEMBOHONGAN yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang, mereka akan mampu memperdayakan rakyat Sarawak, khususnya warga tua. Apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, pastinya akan diputarbelit dan rakyat Sarawak pasti akan dibohongi oleh Pakatan Rakyat.

Yang sahihnya juga, Pakatan Rakyat, khususnya PKR akan bercerita tentang TAWAS, air percuma dan sebagainya yang kononnya dilakukan di Selangor ketika pentadbiran Pakatan Rakyat, walaupun hakikatnya semua itu tidak wujud dan hanya wujud dalam cerita dongeng semata-mata.

2 comments:

Anonymous said...

janji lagi?
jgn harap laaa

Anonymous said...

Piiii ra...mabuk..
Janji..semua boleh janji, bila dah menang lari....

Cuba tanya Ustaz2 PAS, apa hukumnya kepada mereka yg mungkir janji?..Mereka mesti jawab Harus hukumnya...hehehehe

Tak payah ler gadaikan masa depan korang nak memangkah Pakatan Haram ni...segalanya dah jelas dan terbukti..satu haram mender pun tak buat. Hidup dengan menipu rakyat Baik guna agama,janji dan macam2 lagi...pasal apa yg mereka buat tak mengeluarkan modal besar. Korang jer yang bagi makan kat mangkuk2 ni semua.

Mereka2 ni ibarat badut sarkas, bila kita beli tiket baru mereka buat persembahan..So, baik korang pangkah BN, walaupun mereka ni tak berapa baik, tetapi sekurangnya kebajikan dan kehendak kita terlaksana. Tak dapat banyak sedikit pun kita rasa. Apabila BN lambat sekalipun ianya terlaksanan.

Kalau mengharapkan Pakatan Haram ni, janji entah kemana, harta kita disonglapnya..5 tahun mereka lacurkan kita, dimana segala hasil akan di sapu mereka. Apa yg ada pada kita?...

Itulah yg terjadi kepada mereka di Kelantan, Penang & Selangor. Rakyat dijadikan pelacur, bagi mereka yg membantah apa yg saya maksudkan, mereka dari dahulu lagi mmg suka dilacurkan...hahahahaha

So..pikir2 lah...terlajak perahu boleh di undur, terlajak pangkah kawasan jadi sampah....

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template