Sesiapa sahaja yang menonton Buletin Utama semalam, sudah pasti dapat melihat betapa 'kelam-kabutnya' Wan Azizah, Nurul Izzah dan Khalid Ibrahim cuba memberikan jawapan kepada soalan tentang jam tangan Omega sambil diperhatikan oleh Faekah Hussin dan Karpal Singh. Paling menarik ialah reaksi Karpal Singh yang tersenyum apabila jawapan yang diberikan oleh ketiga-tiga mereka, bukan sahaja tidak menjawab sebaliknya menjelaskan tentang kesukaran untuk mengakui sesuatu. Kak Wan memang wajar sakit kepala. Nurul Izzah sudah sewajarnya tarik muka masam atau senyum yang dibuat-buat tetapi cara memandangnya adalah beremosi.
Nafi boleh terus nafi. Namun pengisbatan adalah DI MANA JAM TANGAN OMEGA yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim, Wan Azizah menyimpannya? Mengapa dalam sidang media yang digunakan untuk menafikan lelaki yang 'persis seperti Anwar Ibrahim' dalam video yang ditayangkan di YouTube itu, Wan Azizah mahupun Nurul Izzah tidak mampu membawanya untuk dipertontonkan kepada wartawan sekaligus kepada seluruh rakyat Malaysia?
Atau sebenarnya Wan Azizah tidak pernah kisah tentang jam tangan tersebut dan Anwar Ibrahim pula tidak pernah sempat mengingati rupa bentuk dan wajah jam tangan yang dikhabarkan merupakan edisi khas pemberian kenamaan di sebuah negara Arab kepadanya. Perlu diingat, Anwar Ibrahim mempunyai memori yang sangat teruk. Sebab itulah dia sering bercerita tentang orang lain, tetapi tidak pernah ingat bahawa perbuatan buruk itu adalah perbuatannya sendiri. Contoh terbaik ialah bagaimana dia dan keluarganya menghilangkan ekuiti yang diperuntukkan kepada Bumiputera menerusi pengalibabaan serta penjualan saham-saham Melayu kepada orang lain menerusi skandal pink-form dan projek-projek kerajaan ketika dia menjadi Menteri Kewangan dahulu.
Apa perlu bersungguh-sungguh benar Kak Wan, Nurul Izzah dan Khalid Ibrahim menunjukkan reaksi emosi apabila jam tangan Omega ditanya oleh wartawan KALAU BENAR JAM TANGAN ITU berada dalam simpanan Kak Wan? Dan kebiasaannya dalam keadaan begini, sebarang tuduhan, pasti akan segera disanggah seperti mana Kak Wan cuba menyatakan bahawa Saiful Bukhari Azlan berkonspirasi dengan Najib Abdul Razak berdasarkan gambar Saiful bergambar dengan salah seorang pegawai Najib.
Gambar itu diusung dan ditayangkan ke sana ke mari kononnya sebagai BUKTI... ANEHNYA, dalam hal jam tangan Omega, Kak Wan sekadar mampu memberi jaminan jam tangan tersebut ada dalam simpanannya... tidak lebih daripada itu dan dia mengharapkan semua orang di Malaysia menerima kata-katanya secara mutlak!!!
Rakyat Malaysia mahukan kebenaran. Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapatkan kebenaran memandangkan Anwar Ibrahim sentiasa mencanangkan bahawa dia adalah bakal Perdana Menteri Malaysia!!!


5 comments:
iyalah kak wan. nurul anak papa. dimana jam omega yang satu-satunya ada kat malaysia. tiada duanya.
Hmm sememangnya keluarga anwar tahu yang mereka berbohong. Datin Seri have to read from a text to convey her view? she must be in denial but for how long? just look at body language or the eye contact of Nurul during the press conference, she is so apologitic to everyone presents.ask any psychologists they will be able to tell u that they are lying. any sane person will know that the video is genuine and we all know who the person is, from the hair style the way he walks etc. wonder if the police has obtained the CCTV footage of that faihful nite in the said hotel? If u hv make mistake repent and apologise. it is so SIMPLE.my heart goes all out to the family. esp Datin, she has been strong. hope she still hv some conscience and do the right thing. please dont always blame the establishment for wat happened. it is insane!!!!!
a man of conscience will not be able to sleep at nite after so many things being exposed.
SALAM, KALAU AKU SATU DUNIA AKU JAJA TUNJUKKAN JAM TU ADA PADA AKU. BARU LAH BOLEH PADAN KAN MUKA UMNO YG TERUS MENERUS TANPA SIASAT MENUDUH UMNO YANG LAKUKAN KONSPIRASI, BILA TIBA BATANG HIDUNG SENDIRI TAKSETUJU DISIASAT OLEH SURUHJAYA KAH!!! LAWAK MINAH MONOPOUS NI.
Sebab minah ni menopause lah aljuburi tak tertahan taroh cina doll.Apa pun sebiji macam aljuburi mana mau lari eeekkk
Sebenarnya Kak Jijah ni takut ngan Anuar... Jadi ikut script Anuar dan Karpal aje lar... Dah lama sangat ngan suami dia sampaikan dah jadi bodoh... Kena tipu suami pun takpe... Dah bodoh lar kata kan... Rela suami berzina dan meliwat sana sini.... denial syndrome habis... Kalu Anuar berzina dengan anak sendiri didepan mata pun, Azizah akan relakan ajer... Denial and Stupid...
Post a Comment