Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian hanya mampu mengumpulkan penyokong yang mengiringinya untuk penamaan calon seramai tidak lebih 100 orang. Calon-calon PAS turut berhadapan dengan jumlah penyokong yang mengiringi mereka. Kecuali DAP, namun jumlah yang turut mengiringi calon-calon parti itu juga tidaklah seramai mana.
Mungkin bagi mereka yang sudah terbiasa dengan budaya pilihanraya di Semenanjung akan melihat fenomena ini sebagai sesuatu yang menyebelahi Barisan Nasional. Mungkin ada yang sudah terlalu keseronokan dan meletakkan 'pertaruhan' masing-masing kepada calon Barisan Nasional akan mengakibatkan kehilangan wang deposit calon-calon daripada parti pembangkang.
Daripada maklumat yang diperolehi, peratusan keluar mengundi di Sarawak sebenarnya agak rendah. Seandainya peratusan yang keluar mengundi sebanyak 71% pun, ia dikira sebagai jumlah yang sangat besar.
Atau dengan kata lain, kebanyakan pengundi di Sarawak tidak begitu teruja dengan pilihanraya. Mereka hanya keluar untuk mengundi dan kemudian kembali meneruskan kerja masing-masing tanpa menghiraukan apa yang berlaku selepas itu.
Mungkin kerana itulah, ramai pemimpin politik yang kerap kebingungan dengan sikap rakyat Sarawak. Kehangatan pilihanraya tidak seperti di Semenanjung. Apatah lagi, majoriti rakyat Sarawak menolak politik Semenanjung yang sangat kotor dan menghalalkan sebarang cara untuk mencapai matlamat.
Justeru tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim yang melakukan pelbagai lawatan di pelbagai tempat, kurang mendapat sambutan. Anwar Ibrahim yang biasanya di Semenanjung berceramah di tempat awam dengan ratusan kalau tidak pun ribuan penonton, di Sarawak, hanya sekadar dijadikan tukang jual ubat yang kurang mendapat perhatian kerana setiap temberangnya telah pun diketahui. Apatah lagi, Anwar Ibrahim hanya SAKIT HATI dengan Taib Mahmud. Dan kerana sakit hatinya itulah, Anwar Ibrahim cuba menjanjikan pelbagai bulan dan bintang kepada rakyat Sarawak!!!
Cuma yang menjadi persoalannya kini ialah, benarkah apa yang berlaku pada hari penamaan calon, merupakan petunjuk jelas kepada penolakan terhadap Pakatan Rakyat?


1 comments:
dah tau nak kalah masih tak malu nak bertanding..mereka cuma tak mahu bn menang x bertanding..
Post a Comment