Khatib jumaat baru2 ni mencungkil pasal duit tabung masjid..ada dibuatnya sedikit teguran dan penyakit yg menular pada AJK2 Masjid..
Kabornya..ada AJK2 beria2 dan berbangga2 pasal kutipan..sampai brcita2 utk dapatkan kutipan yg lebih lagi pada masa2 akan datang..
- ada yg berbangga bahwa kutipan mereka merupakan kutipan yg tertinggi dari kutipan masjid2 yg lain.
Sikap ni ditegur oleh khatib..kabor sikhatib, duit kutipan trsebut hendaklah dibelanjakan utk imarahkan masjid..ngan majlis2 ilmu dsb. Bukannya brbangga2 dan brlumba2 dalam mendapatkan kutipan derma dari org ramai..
_____________
Pada pandangan aku..
Baguslah, selain dari perbelanjaan masjid sendiri yakni api, air dan hal2 lain..ada peruntukan juga utk immarahkan masjid ngan majlis2 ilmu.
tetapi..majlis2 agama trsebut perbelanjaannya bukanlah utk dibayor pada ustaz2 yg menyampaikan ilmu trsebut..tapi dibelanjakan pada mereka yg hadir!!
walaupun ada brpendapat duit sagu hati pada ustaz2 ni tak salah, menerimannya tak salah..
tapi jika kita ingat2kan kembali amalan2 para ambiya' as, para sahabat ra dan ulamak2 sohor trdahulu..
Mereka menyampaikan ilmu2 agama atas perbelanjaan mereka sendiri..dan tidak meminta2 apa2 pun upah, sagu hati dan hadiah dari ilmu agama yg disampaikan..( ada yg berpendapat hadiah/sagu hati yg diberikan tanpa ada niat atau keinginan mengharap2 akannya hendaklah diterima kerana tu adalah dari Allah swt)
Nabi saw sebelum menjalankan usaha agama adalah dari golongan hartawan ( yakni isterinya Siti Khadijah rh merupakan seorang hartawan)..tapi setelah baginda saw memulakan usaha agamanya, semua hartanya telah dibelanjakan..
Abu Bakr ra ada 8 gedung perniagaannya sendiri..setelah ia memeluk Islam, semua abis digunakan ..bukan dihadiahkan pada nabi saw tapi digunakan utk usaha agama. Nabi saw tidak ambil seduit pun dari Abu Bakr ra..gitu juga Nabi saw tidak ambil seduit pun dari mana2 sahabat ra walaupun setelah diMadinah..walaupun ada beberapa sahabat ra yg kaya raya..
Nabi saw, Abu Bakr ra dan lain2 sahabat gunakan harta mereka sendiri utk beri makan pada manusia, bebaskan manusia dari bebanan hutang, menebus diri mereka dari perhambaan dsb..
Wang kutipan masjid selain utk maintenance masjid, majlis2 ilmu, elok gak diperluaskan utk kebajikan ummat Islam kariah trsebut (anak yatim, kos perubatan, kos pembelajaran anak2 miskin kesekolah, terperangkap ngan along, putus sumber rezki spt diberhentikan kerja, ibu tunggal, dll)..pastikan ianya abis dibelanjakan setiap bulan, yakni setiap bulan baki simpanan ialah kosong!!!
Mungkin, (aku rasa), ilmu dan agama yg disampaikan masa zaman nabi saw dan ulamak2 trdahulu sangat berkat..mana lahirnya alim ulamak yg berwibawa dan disegani..malah lahirnya ummat Islam yg berkualiti. Ianya disampaikan melalui pengorbanan dan bukannya utk mencari kekayaan.
Hari ini (seolah-olah pada mata aku dan mungkin aku silap) amalan2 agama proses penyampaian agama, memberi nasihat (motivasi dan konsultansi ) dijadikan sumber pendapatan dan berlumba2 mengumpul kekayaan dari amalan tersebut.
Amalan umrah dan ziarah juga dijadikan sumber pendapatan dan kekayaan..kempen mengerjakan umrah dan ziarah begitu ghairah sekali..
Majlis2 tahlil, pengajian AQ, penghafalan AQ, pengajian2 bab2 agama dijadikan sumber rezki dan tempat asbab mengumpulnya kekayaan dunia..
Tak kurang juga gunakan agama utk mencari pengaruh dunia, sokongan manusia, kerusi dan kuasa..harapan jadi pempin masyarakat yg mana melalui sokongan manusia dijadikan batu loncatan utk mengumpul kekayaan.
"Talk Show" yg ditiru dari masyarakat barat diIslamkan yg mana kononnya sebagai satu pendekatan dakwah dijadikan karier dan sumber rezki..
Mungkin tu lah juga sebab..walaupun anak2 kita dihantar kesekolah2 agama, tahfiz..dan banyak "talk show" pasal agama diwujudkan..ianya seolah sati entertainment..dan ruh sebenar agama tidak trsebar walaupun ilmu agama trsebar.
ramai org pandai cakap pasal agama..sehingga yg bukan Islam pun dah boleh ceramah agama tapi tak ramai yg amalkan agama.
Ceramah2 agama, bacaan AQ, wirid2, doa2 dikasetkan..dan dijual!! Buku2 agama dituliskan kembali yg mana banyak darinya adalah 'cut & paste" (maklumlah penulis2 zaman dulu tidak meletakkan hak cipta terpelihara dan harga trtentu).
Tak kurang juga yg menjual sticker2, T'shirt, baju2 yg bertemakan Islam..yg berlogo Islam..mereka yg memiliki atau membeli semua ni seolah2 dah Islamik..
Mereka2 yg teringin atau terbuka sedikit pada agama..mula mencari2 buku2 agama, kaset2, cd2 dll..ada yg rajin mendengarnya, ada sekali je seumur hidup, ada gak yg beli dan buat pekasam.
Yg rajin mendengar...bagus le, tapi tak juga rajin beramal tapi dijadikan modal dalam brhujjah dan berciter..dan terlebih malang utk dirinya bila dia fahami ikut apa yg dia nak faham dan tak dapat nak rujuk ngan empunya buku, empunya cd, empunya ceramah..tak tahu juga yg empunya ilmu dan ceramah ambil tak dia sebagai murid atau ngaku mereka sebagai murid..SAPA nak bertanggungjawab keatas pemahamannya dan pengamalannya didunia dan diakhirat!! Sapa nak pastikan mereka memahami spt mana patut difahami akan agama ini??? Sapa yg nak pastikan mereka beramal ngan sepatutnya?
Kita telah jual agama kita kerana dunia utk dunia..penyakit yg kita tak sedari yg telah menjadi salah satu faktor kemunduran agama kita sendiri!!
Umumnya kelihatan pada masyarat, mereka yg sibuk brceramah, atau popular dan banyak demand mengajar, banyak buku2 dan cd..hidup penuh kemewahan dan kaya raya!! ramai ler yg brminat dan berlumba2!!
Kita ingin melihat generasi yg korbankan dunianya utk sebarkan agama, sebarkan ilmu2 agama dan bukannya utk memiliki dunia tapi korbankan agamanya..spt mana generasi2 trdahulu.
Ummat yg dibina hasil dari pengorbanan dunia spt ummat sewaktu zaman nabi saw trbukti sebagai ummat yg trbaik sepanjang zaman!! Lum terlambat utk kita sendiri mulakan..
Kita tak perlu tunggu UMNO, PAS, PKR maupun DAP utk memulakannya..tiada siapa yg dapat halang kita dari korbankan dunia kita yakni diri, dan harta utk agama tanpa ambil apa2 kembali sebagai pengganti.
saja2 je citer..sekadar renungan!!
-aa


2 comments:
Benar sangat tu brooo.Saya sokong 100 persen pandangan anda.
Dikatakkan kebanyakkan AJK masjid tidak tahu kemana derma masjid dihalakan.
Yang dia orang tahu hanya bayar duit tempahan kueh mueh.....
Mereka berbangga kalau duit masjid banyak !
Benar katamu bro...aku pun fikir2 mcmmana nak buat..adik beradikku banyak lulusan agama...benda yg sama berlaku
Post a Comment