Friday, April 8, 2011

MANIFESTO PAKATAN LAMBANG PENIPUAN BERSTATUS MEGA PUAK BERKENAAN!!!!

Manifesto Pakatan Rakyat di Sarawak adalah mengubah kepimpinan negeri. Sasaran mereka hanyalah Taib Mahmud dan bukannya memberikan alternatif kepada kemajuan, pendapatan, dan kemajuan sosial rakyat Sarawak. Apa yang mereka cuba gambarkan ialah, ubah Ketua Menteri, serahkan kepada Pakatan Rakyat, maka rakyat Sarawak akan senang sesenang-senangnya!

Dan kerana itulah, Anwar Ibrahim cuba untuk menjadikan Selangor dan Pulau Pinang sebagai model kemajuan yang telah diwujudkan oleh Pakatan Rakyat semenjak mengambilalih negeri-negeri itu daripada Barisan Nasional. Jarang sekali Pakatan Rakyat cuba menjadikan Kelantan dan Kedah sebagai contoh kejayaan mereka.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah, TIADA SEBARANG KEMAJUAN yang dibawa oleh Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Tiada pembaharuan selain daripada retorik dan segala macam cerita-cerita dongeng yang sebenarnya tidak wujud dalam bentuk amali tetapi sekadar wujud dalam bentuk cerita dan promosi semata-mata.

Contoh terbaik adalah TAWAS, bantuan untuk anak yang berjaya masuk universiti, bantuan kepada warga tua dan sebagainya. Semua itu sebenarnya tidak wujud pun dalam bentuk sebenar. Walaupun seringkali diuar-uarkan dan dicanang-canangkan bahawa kelompok tertentu telah dibantu tetapi itu sajalah yang ada... mereka sekadar dikumpulkan untuk diambil gambar dan kemudian dipampangkan ke dalam media Pakatan Rakyat. Tidak lebih daripada itu.

Bantuan untuk warga emas yang dilakukan di Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah lebih baik daripada bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Melaka kepada rakyatnya. Kemajuan Selangor dan Pulau Pinang, bukanlah hasil kerja Pakatan Rakyat, tetapi kerajaan-kerajaan yang terdahulu. Terbukti jelas ialah, kegagalan Exco-Exco yang berkaitan pelaburan di Pulau Pinang dan Selangor untuk menjawab soalan berapa banyak jumlah pelaburan yang telah mereka bawa masuk ke negeri masing-masing tanpa bantuan agensi kerajaan pusat seperti MIDA dan MITI.

Kemajuan yang dikatakan di Selangor, sebenarnya adalah PEMBOHONGAN semata-mata. Maju apa Selangor dengan jalan raya yang mengalahkan muka Saifuddin Nasution yang berketak-ketak dan berlekuk-lekuk!!!

Jangan fikir Sarawak dan Semenanjung dipisahkan oleh Laut China Selatan, maka rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa yang berlaku di Semenanjung.

Bahkan perubahan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri tidak pernah berlaku. Dari mula ditubuhkan sehingga kini, Lim Kit Siang kekal sebagai orang yang paling berkuasa dalam DAP. Walaupun sekarang ini anak lelakinya sendiri menjadi Setiausaha Agung, Lim Kit Siang dan Karpal Singh kekal sebagai individu yang ada kuasa pemutus. Begitu juga dalam PAS yang kepimpinannya tidak pernah berubah dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang TIDAK ADA PENGETAHUAN LANGSUNG tentang pengurusan dan pentadbiran kekal menjadi MURSYIDUL AM parti tersebut. Bahkan kuasa dalam PKR pula sekadar berpusat dan bersekeliling di sekitar Anwar Ibrahim, isteri dan anak perempuan sulungnya serta 'kekasih', Azmin Ali.

Sibuk nak ubah kepimpinan orang lain, sendiri punya hierarki tidak pernah berubah dan tidak akan berubah sampai bila-bila pun!!!

Hanya si bodoh sahaja yang akan percaya bulat-bulat dengan apa yang dikatakan oleh PENIPU-PENIPU dalam wajah dan bentuk tubuh PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT yang sibuk suruh orang lain berubah, sedangkan mereka tidak berhajat pun untuk berubah!!!

2 comments:

Anonymous said...

PAKATAN RAKYAT kena ubah dulu kepempinannya

Lim Kit Siang- woiit Sammy Vellu pun sudah calo da
Karpal- memori problem and confuse, kejap suruh dakwa Anwar lepas tu bela pula.
Nik Aziz- berapa lama da mau jadi MB

Aspirasi on April 8, 2011 12:33 PM said...

Memang dah dasar penipu... anak beranak suami isteri.. semua jenis lidah bercabang...

Jauhi P-Gay-R

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template