Monday, April 4, 2011

MARI KITA TENGOK, GAMBAR SIAPAKAH INI?

Hari ini, video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim mula didedahkan secara BERAMAI-RAMAI. Hampir serentak dan hampir semua blog. Pada ketika yang sama, AMK telah menfailkan qazaf terhadap Abdul Rahim Thamby Chik, sebahagian 'kecil' video yang diperkatakan, telah dimuatnaik ke dalam Youtube oleh 'orang yang tidak dikenali'.

Bagaimanapun, timbul pula persoalan, adakah ini video yang telah ditayangkan di Carcossa Seri Negara atau sebenarnya sebahagian daripada kata-kata Eskay agar dia tidak diusik selain lima soalan maut Eskay kepada Anwar yang semuanya berkisar tentang Bangkok dan Thailand. Apatah lagi terdapat label pada video berkenaan yang menggunakan tulisan Thai.

Biarpun sebahagian besar visual dalam hitam putih kerana faktor cahaya seperti mana yang telah diterangkan oleh Kickdefella, namun yang pasti, muka dan tubuh lelaki yang sangat mirip dengan Anwar Ibrahim dapat dilihat dengan jelas. Begitu juga dengan gerak tubuh dan bahasa badannya bagi sesiapa yang biasa bersama-sama Anwar Ibrahim.

Sesuatu yang menarik ialah, apa pula jawapan dan tangkisan daripada juak-juak serta penyokong Anwar Ibrahim? Apa pula hukum yang bakal dikeluarkan bersabit dengan penyiaran video ini di Youtube dan dapat ditonton oleh 'peminat' di seluruh dunia? Adakah video ini terkandung di dalam piagam moral seperti yang cuba didendangkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan Tengku Razaleigh Hamzah?

Lebih menarik, apakah Mat Sabu yang telah menawarkan dirinya sebagai calon Timbalan Presiden PAS akan mula memusing cakap dan menarik semula cerita-ceritanya tentang kejijikan politik moral seperti yang cuba dipopularkan? Apakah video akan menjadi satu lagi senjata kepada Barisan Nasional yang dicanangkan sedang berhadapan dengan masalah di Sarawak seperti cerita portal-portal serta blog-blog pro-Pakatan?

Atau adakah ini juga merupakan satu lagi petunjuk daripada Allah Taala setelah 30 ribu orang bersolat hajat di Stadium Melawati Shah Alam baru-baru ini selain 200 orang bersolat hajat dan munajat di rumah Anwar Ibrahim sendiri sebelum itu? Adakah ini kesan yang terhasil daripada solat hajat dan munajat bagi menunjukkan kebenaran selain menolak fitnah seperti yang dipohon? Adakah para peminat Anwar Ibrahim dan penyokongnya masih tidak berpuas hati kerana Allah Taala telah menolak fitnah yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim?

Mungkin juga ayat yang diulang-ulang 31 kali di dalam Surah Ar-Rahman wajar direnung semula. Setidak-tidaknya untuk kita membuka mata, membuka otak, mencari dan menggunakan ilmu, menghilangkan hijab taksub dan sebagainya sehingga kita seringkali membuat keputusan dan kesimpulan yang salah kerana kita hanya ingin percaya dengan apa yang kita lihat.

6 comments:

r0 said...

bro,
kasik tanya papagomo. sebab cuma dia sorang je blogger yg boleh sahkan sama ada ini video yg sama dgn dia tengok atau tidak... kasik tanya bro.

Anonymous said...

Semalam DSAI pi tabung haji register nama dia sorang saja nak pi mekah tahun ni.
Puak puak lain tak mau ikut ka???
Pi buat haji dengan dia.

Pemuda TG on April 4, 2011 8:02 PM said...

Panaz.....Panaz la punggung Anu War....
Apalagi helah nak di gunakan oleh si Anu War....

Anonymous said...

Puak2 tegar masih x percaya dlm video tu Anwar. Kate perut buncit..xkan kome x perasan dinding kat kepala katil tu pon jd bengkok!! bengkok sbb pe? sbb lense kamera tu jenis wide angle..so benda yg lurus akan nmpak gemuk. Ape daaa...

Anonymous said...

Riwayat 'Sandiwara PKR' selama 13 tahun kini tamat... 'soap opera' yg paling lama di Malaysia. Keadilan sudah tercapai. Tonton lah sendiri. Sekarang boleh gulung tikar. tutup tirai. Show over. Tammat. PAS boleh ikut sama jika mahu. DAP akan tunjuk belang dia yg sebenar. Bye bye!

Zakir on April 5, 2011 9:05 AM said...

Aku dah tengok vid tu dalam popogomo. Meskipun tayangan vid itu hanyalah secebis daripada jeda penuh yang lebih panjang, aku x dapat menahan diri daripada rasa ingin termuntah! Sungguh memualkan!*@#$!@$## kalaulah individu ini adalah pemimpin! F*CK la. Kepada anuar, TOOOLLOONNGGLAHHH! Hentikanlah drama berat yang panjang ini dengan berundur daripaada arena politik. Engkau ni pembawa banyak masalah dalam negara ini. Disebabkan ENGKAULAH umat melayu Islam berpecah belah hingga orang2 kafir mengambil kesempatan menekan pemerintah negara dengan pelbagai tuntutan. Disebabkan ENGKAULAH isu liwath jadi panjang berjela2 tanpa tamat dan membawa gelombang politik negara tidak pernah sejuk dan disebabkan ENGKAULAH, parti PAS, yang menjadi parti politik melayu kedua terbesar selepas UMNO jadi barua paling rendah martabatnya dalam sejarah politik tanahair. Mungkin juga apa yang berlaku selama ini yang melibatkan engkau adalah konspirasi, penganiayaan dan apa jua takrifan yang kau beri, tetapi ianya semua berpunca dari ENGKAU SEORANG!! Maka, faktornya adalah ENGKAU!!!! TOLONGLAH, TOLONGLAH hentikan politik busuk ini daripada berpanjangan dan meranapkan negara ini. Rakyat ingin hidup aman tenteram, rakyat mahu hidup harmoni, rakyat ingin hidup dalam kesenangan minda dan jasad. Maka, anuar, TOLONGLAH BERUNDUR.....

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template