iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, April 23, 2011

MEMANGLAH TONY PUA AKAN TENTANG EMEL 1MALAYSIA!!!

Saturday, April 23, 2011
Semua orang tahu di mana dan dari mana Tony Pua muncul sebelum dia menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. Malah ceritanya di Singapura dengan syarikat ITnya yang ditebus oleh kerajaan negara tersebut, sehingga kini masih lagi diperkatakan walaupun Tony Pua sendiri amat keberatan untuk membocorkan sebarang perincian berhubung syarikatnya itu dan mengapa Kerajaan Singapura mengambilalihnya.

KATA TONY PUA, penjelasan yang diberikan berhubung Emel 1Malaysia bercanggah. Sebab bercanggah ialah, penjelasan Najib Abdul Razak dan PEMANDU tidak menepati jawapan yang telah disediakan oleh otak Tony Pua. Najib kata, proposal tersebut adalah inisiatif swasta, Tony Pua kata ianya tetap kerajaan yang bayar. Ia kes yang sama dengan Menara Warisan yang menggunakan modal PNB yang ditentang oleh DAP dengan bersungguh-sungguh kerana jawapan 'modal PNB' tidak menepati kehendak DAP.

Tetapi yang paling ditentang sebenarnya adalah, projek berkenaan telah menaikkan harga saham Tricubes Berhad. Peningkatan 491% untuk harga sesaham Tricubes pasti akan melonjak dalam masa terdekat, memandangkan pelaburan dalam bidang IT amat menguntungkan. Dan sudah pastilah, Tony Pua tidak akan senang hati jikalau ada syarikat Bumiputera yang menguasai pasaran dan pemberi khidmat IT utama negara. Matanya sangat sakit apabila ada nama Melayu di situ.

Apabila Tricubes Berhad berjaya menambah nilai sahamnya di pasaran, bererti akan ada beberapa 'Tricubes Berhad' yang lain dan turut sama menyokong aktiviti perniagaan IT. Kalau tidak ditahan, Bumiputera akan mulai menguasai bidang berkenaan, seperti mana yang berlaku dalam dunia penerbitan walaupun bidang cetak dan pembuatan plat masih lagi dikuasai oleh syarikat bukan Bumiputera.

Satu-satunya kaedah yang paling sesuai, ditambah pula dengan perkembangan terkini, alasan yang boleh digunakan bagi mendapatkan sokongan ialah, memberi peluang kepada syarikat-syarikat Bumiputera untuk hidup semula setelah hampir mati kerana tidak boleh bersaing atau ditutup lubang bersaing oleh syarikat-syarikat bukan Bumiputera yang mempunyai modal serta tapak yang lebih kukuh.

Taktik dan helah DAP sangat mudah. Selagi ada syarikat yang terpaksa bergantung kepada syarikat-syarikat bukan Bumiputera, maka ia adalah perkara yang sihat di negara ini. Tetapi jikalau syarikat Bumiputera mulai membesar dan berjaya dengan proposal baru, maka ia dianggap sangat tidak sihat kerana kebimbangan kepada faktor, apabila Bumiputera sudah berjaya, maka bukan Bumiputera akan terpinggir!!!

Itu helah yang digunakan semenjak dari zaman sebelum kemerdekaan lagi dan kemuncaknya adalah pada tahun 1969 apabila DAP menerusi Lim Kit Siang mencetuskan tragedi berdarah di Kuala Lumpur dan cubaan yang gagal di Pulau Pinang!!!

Namun seperti yang dikatakan oleh Najib Abdul Razak, Tricubes Bhd seharusnya tampil untuk menjawab setiap tuduhan, bukannya berselindung di belakang kerajaan sambil mengharapkan orang lain yang akan membela mereka. Apatah lagi, tidak ada perniagaan yang bukan untuk menjana keuntungan... mana ada perniagaan yang bersifat kebajikan dan taukeh besarnya terpaksa menyeluk kocek sendiri untuk memberi kepada orang lain....

Tricubes Bhd wajar bersuara dan menangkis setiap serangan DAP, PKR dan PAS mahupun daripada para pemimpin UMNO sendiri, bukannya meminta PEMANDU yang sudah beberapa kali tersilap melihat rakyat Malaysia sebagai rakyat Singapura terutama dalam hal kenaikan harga makanan dan perkhidmatan, menjawab bagi pihak mereka!!!

4 comments:

Anonymous said...

memang dasar DAP perkauman...

blogenstarz said...

Cina sekor ni memang bangsat dan mulut celupar !
PAP dah jadi YB diMalaysia... SIALAN !

Mohd said...

Satu lagi yg DAP takut sangat ialah apabila semua rakyat Malaysia mendapatkan email percuma ini, maka senanglah Kerajaan BN menerangkan secara terus dgn email shj dasar2 dan apa2 yg mahu disampaikan Kerajaan BN kpd rakyat.
Orang bodoh pun boleh nampak niat DAP
Melayu mudah lupa ??????

Anonymous said...

PUAka NI LAGI..RACIST NAK MAMPUS!!

Blog Archive

Labels