Apabila Najib Abdul Razak menyatakan bahawa rakyat sendiri yang perlu menilai video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, pastinya dia akan menjadi sasaran para pemimpin PKR terutama sekali Anwar Ibrahim untuk diheret dalam kemelut itu. Anwar Ibrahim dan isterinya, 'pelakon' terkenal Malaya, Wan Azizah awal-awal lagi sudah mendakwa Najib terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.Anwar Ibrahim telah pun membuat laporan polis yang dia telah difitnah dan cuba dimalukan meskipun video yang dikatakan itu, belum ditonton oleh rakyat Malaysia. Apabila satu klip video yang memperlihatkan seorang lelaki mirip Anwar cuba memeluk seorang pelacur China dihebahkan menerusi YouTube, sebahagian besar rakyat Malaysia telah pun menontonnya dan sudah tentulah, bagi mereka yang sangat berminat dengan Anwar Ibrahim akan cuba menafikan kaitan dengan Anwar Ibrahim menerusi hujah-hujah mereka.
Berbeza daripada apa yang diinginkan oleh Wan Azizah dan Anwar Ibrahim, ternyata Najib Abdul Razak kurang memberikan reaksi berhubung perkara tersebut. Kenyataannya bahawa biarlah rakyat yang menilai dan membuat penentuan, sudah tentu bukanlah satu indikasi yang baik untuk Anwar Ibrahim dan PKR sebenarnya.
Dek kerana itulah, Anwar Ibrahim dan PKR akan cuba mengaitkan Najib Abdul Razak sebagai salah seorang daripada konspirator yang ingin mematikan kerjaya politik Anwar Ibrahim. Biarpun Anwar Ibrahim hanyalah seorang pengacau, penghasut dan penimbul kacau bilau di negara ini semata-mata untuk melarikan isu liwat yang sedang dibicarakan, hakikat tanpa perasaan malu pada Anwar dan Wan Azizah, sangat jelas.
Najib Abdul Razak sebenarnya tidak memerlukan konspirasi untuk 'menghapuskan' Anwar Ibrahim. Cukup dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang cuba mencari jalan untuk diISAkan, Najib boleh bertindak menamatkan terus kerjaya Anwar Ibrahim selaku ahli politik di negara ini. Sebaliknya, Najib masih membiarkan Anwar Ibrahim melakukan kerja-kerja menghasut, termasuklah hasutan agar Sarawak keluar dari Malaysia, menimbulkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan majoriti rakyat Malaysia yang bencikan politik kotor Anwar Ibrahim.
Namun reaksi yang diberikan oleh Najib Abdul Razak, pastinya mengundang lebih banyak tohmahan daripada Anwar Ibrahim yang sangat bimbang sekiranya rakyat Malaysia gagal ditemberangkannya. Malah paling dirisaukan sekali oleh Anwar Ibrahim, sekiranya keseluruhan video yang dikaitkan dengan dirinya itu, tersiar di Internet dan dapat dilihat oleh rakyat Malaysia.
Tidak keterlaluan juga jikalau Rosmah Mansor juga akan terheret sama dalam kancah kontroversi ini ekoran kenyataan yang dibuat oleh Najib Abdul Razak.


1 comments:
geli hati aku bila terbaca org komen dlm blog GAP bahawa ini semua konspirasi syarikat omega supaya jenama omega dpt publisiti..
betul kot?
habis tak habis2 konspirasi, asal ada pendedahan, konspirasi umno la, bn la, najib la..
apasal tak cakap je konspirasi syarikat omega dan syarikat kamera icatch dan lanson place...maklumla, bisnes..
kah kah kah
Post a Comment