Abdul Hadi Awang sebenarnya tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini biarpun bukan dia sebenarnya yang memulakan budaya dan tradisi pentakfiran atau kafir-mengkafir. Dewan Ulama Kelantan pada tahun 1963 lebih awal mengambil pendekatan mengkafirkan UMNO. Malah Abdul Hadi Awang sendiri pada tahun 1981 mengeluarkan 'amanatnya' yang sangat masyhur yang antara lain mengatakan 'mati syahid sesiapa yang menentang UMNO'.
MYKMU ada mengeluarkan penjelasan tentang TRILOGI PENGKAFIRAN UMNO yang menyanggah sama sekali pendapat 'segelintir pemimpin dan ahli PAS yang taksub dengan perjuangan PAS' mengkafirkan UMNO.
Kafir atau sebaliknya, sebenarnya ia adalah hak Allah Taala. Pihak berkuasa yang 'dipinjamkan' sedikit pun, tidak boleh sama sekali memutlakkan kekafiran sesuatu pihak, sebaliknya sekadar mengkafirkan amalan atau pegangan. Biarpun pihak berkuasa turut diberikan tanggungjawab untuk membunuh pihak yang menyebarkan kekafiran mereka di kalangan umat Islam sebagai yang ditetapkan oleh syara', tidak boleh sama sekali memutlakkan seseorang itu sebagai kafir sebagaimana yang berlaku kepada Al-Hallaj dan Syeikh Siti Jenar.
Kafir atau sebaliknya, sebenarnya ia adalah hak Allah Taala. Pihak berkuasa yang 'dipinjamkan' sedikit pun, tidak boleh sama sekali memutlakkan kekafiran sesuatu pihak, sebaliknya sekadar mengkafirkan amalan atau pegangan. Biarpun pihak berkuasa turut diberikan tanggungjawab untuk membunuh pihak yang menyebarkan kekafiran mereka di kalangan umat Islam sebagai yang ditetapkan oleh syara', tidak boleh sama sekali memutlakkan seseorang itu sebagai kafir sebagaimana yang berlaku kepada Al-Hallaj dan Syeikh Siti Jenar. Kemuncak daripada pentakfiran yang giat dijalankan oleh para pemimpin PAS dan ahli-ahli parti tersebut adalah tragedi Memali pada tahun 1985. Biar apa pun alasan yang diberikan, ia sebenarnya lebih menekankan kepada Abdul Hadi Awang dan Amanat yang telah disebutnya dan kemudian dicetak serta diedar secara meluas oleh para pengikut PAS.
Seperti yang pernah disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir, tragedi tersebut tidak sepatutnya berlaku dan pihak tertentu dalam kerajaan tidak bersikap gopoh dalam mengambil tindakan, namun pada masa yang sama, tragedi tersebut sebenarnya boleh dielak jikalau isu pentakfiran tidak menjadi teras perjuangan PAS.
Anda perhatikan dan perhalusi jawapan dan penjelasan yang cuba diberikan oleh Abdul Hadi Awang dalam usaha untuk 'melarikan diri' daripada tanggungjawab tersebut, sebaliknya meletakkan kesalahan tersebut kepada TAKUT BERHUJAH UMNO.
Sebenarnya, PAS tidak akan dipandang hina jikalau mengakui kesilapan yang telah mereka lakukan. Malah sesiapa sahaja yang mengakui kesalahan mereka, jarang benar dipersalahkan atau dikecam. Isu tersebut telah berlaku. Seluruh kepimpinan PAS sememangnya perlu bertangungjawab dan dipertanggungjawabkan.
Tak payahlah menyalahkan orang lain dan mencari lubang untuk meloloskan diri. Perlu diingat, PAS adalah sebuah organisasi yang diwujudkan oleh manusia dan sebarang ciptaan manusia, seringkali tidak sempurna. Apatah lagi di dalam PAS mempunyai terlalu banyak 'kepala' dan 'otak' untuk masing-masing menunjukkan mereka lebih hebat dalam pengetahuan agama.
Dan ketika inilah kepemimpinan seharusnya mengambil tanggungjawab walau apa pun yang dilakukan oleh ahli-ahli parti, bukannya dengan berkata, "maaf, bukan aku kata, budak-budak parti yang kata."


0 comments:
Post a Comment