DAP bukanlah sebuah parti oportunis kalau kita perhatikan dan perhalusi setiap gerak kerja parti terbabit. DAP adalah sebuah organisasi yang sangat terancang dan bukannya caca-marba seperti PKR. Apa yang dilakukan oleh DAP sentiasa menjadi keuntungan kepada parti tersebut. Dan DAP tidak akan sesekali memberikan persetujuan atau sokongan mereka kepada mana-mana pihak selagi tidak ada kepentingan buat parti tersebut. Itulah yang berlaku dalam kemelut terbaru melibatkan SPRM dan Kastam Diraja. Sekalipun beberapa kesatuan kastam dan CUEPACS menolak campurtangan parti politik, sokongan yang diberikan oleh DAP dalam kematian pegawai kastam ketika disoalsiasat oleh SPRM, sememangnya sangat sukar untuk ditolak.
Namun yang paling menarik sebenarnya ialah DAP kelihatan sangat GEMBIRA apabila kastam dan forwarding agent INGIN MOGOK kerana kes kematian Ahmad Sarbani. Dalam perkembangan sebelum ini, DAP kelihatan sangat gelabah dengan tindakan SPRM yang memanggil Teoh Beng Hock dalam operasi penyelewengan dan rasuah yang melibatkan DAP di Selangor.
Akibatnya ialah kematian Teoh Beng Hock. DAP cuba menggunakan kematian Teoh Beng Hock untuk memutarbelitkan isu sebenar. DAP cuba memusingkan cerita sebenar dan menyembunyikan barah rasuah dan jenayah yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertentu.
Kematian Ahmad Sarbani dijadikan isu oleh DAP untuk melindungi amalan rasuah pihak-pihak tertentu dalam kastam, forwading agent, DAP dan pembangkang. Mereka cuba alihkan fokus daripada kes rasuah yang sedang diperangi oleh pihak berkuasa.
Terlalu banyak pendapat yang mengatakan rasuah dalam institusi kastam sudah terlalu teruk dan berakar umbi. Permainan rasuah untuk under declare dan lain-lain melibatkan forwading agent yang disokong oleh GANGSTERS bukan lagi cerita luar biasa. Dan yang paling menariknya, KUMPULAN GANGSTERS ini juga membiayai pemimpin-pemimpin tertentu di dalam DAP.
Perhatikan sahaja apa yang berlaku di Selangor, apabila DAP naik berkuasa. Peningkatan jumlah premis maksiat dan jenayah berlaku secara mendadak dan seolah-olah tidak terkawal. Malah paling ketara ialah kehadiran pendatang asing yang meningkat berkali-kali ganda sekalipun kerajaan berkempen tentang anti pemerdagangan manusia. Malah di Pulau Pinang sendiri yang dikuasai oleh DAP sepenuhnya, sehinggakan telur ayam tiruan pun dijual kepada masyarakat dan orang awam!!!
Kastam dan forwading agent mahu mogok atas alasan siasatan maut ke atas Ahmad Sarbani. Sekaligus ini merupakan sabotaj perdagangan negara dan satu lagi ugutan kepada kerajaan agar tidak meneruskan tindakan membanteras rasuah di dalam Kastam yang bakal menyaksikan lebih ramai pegawai-pegawai kastam dihadapkan ke muka pengadilan.
Namun yang paling menarik sekali ialah, apabila ura-ura mogok oleh kastam dan forwading agent, ketika itulah DAP pun muncul!!!
Pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada beruk di atasnya atau angin yang bertiup!!!


2 comments:
DAP memang penjahat dari dulu dan selamanya.
ramai orang melayu penyokong DAP dan PAS aje yang tak reti.
DAP MEMANG TAK GUNA.
HERAN BETUL ADA JUGAK ORG2 MELAYU BOLEH TERTIPU..CONTOHNYA PAS.
Post a Comment