Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan isteri kepada Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa lelaki yang kelihatan dalam video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim sebagai Anwar Ibrahim! Menjadikan dirinya dan anak-anaknya sebagai alibi untuk menolak dakwaan tersebut, Wan Azizah yang sedang melihat kehancuran besar kepada keluarganya, jelas menggunakan skrip yang 'terancang'. Dari tahun 1998, Wan Azizah cuba menafikan warna hitam sebagai hitam. Sebaliknya menganggap, pihak kerajaan yang berkonspirasi untuk mengatakan hitam itu adalah hitam. Wan Azizah menganggap Anwar Ibrahim hanya difitnah dan dikonspirasikan termasuklah tuduhan liwat, tetapi sekian ramai yang membuat pengakuan, tidak ada satu pun yang cuba didengar dan disiasat oleh Wan Azizah sendiri.
Sukma, Hairani, Ismail Haron dan seribu satu macam nama yang lain, yang telah membuat pengakuan skandal mereka dengan Anwar, seolah-olah tidak wujud pada Wan Azizah. Wan Azizah masih lagi menggantung sepenuh kepercayaan kepada Anwar Ibrahim.
Setidak-tidaknya, itulah yang cuba dipertontonkan oleh Wan Azizah kepada masyarakat luar. Lakonan Wan Azizah ternyata sangat sumbang. Lakonan Wan Azizah berdasarkan skrip yang diberikan kepadanya sangat songsang.
Sebenarnya tidak salah untuk Wan Azizah bersikap begitu. Sebagai isteri dan ibu kepada 6 orang anak yang dewasa dan meningkat dewasa, tanggungjawab Wan Azizah sebenarnya sangat berat. Mencemarkan imej Anwar Ibrahim yang merupakan tonggak keluarganya, bererti Wan Azizah perlu menggunakan jantina, air mata, suara lembut dan lenggok tubuh yang digelarkan oleh Anwar Ibrahim sebagai sepat kering!
Dalam kes terbaru sekalipun, Wan Azizah sebenarnya hanya perlu menunjukkan jam Omega yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim telah disimpan olehnya. Penafian yang dibuat menerusi kenyataan yang turut disiarkan oleh BLOG NURUL IZZAH, sebenarnya sudah dapat dijangka dan sudah dapat dibaca.
Masyarakat sebenarnya sedang menunggu JAM TANGAN OMEGA yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim disimpan oleh Wan Azizah. Seandainya Wan Azizah menunjukkan jam tangan tersebut, ia sudah cukup untuk dijadikan sebagai PENAFIAN PALING HEBAT sekaligus membenarkan segala kata-kata tentang konspirasi dan fitnah.
Masa yang diambil sudah terlalu panjang. Dan kalaupun jam tangan Omega itu ditunjuk serta dipamerkan sekarang, sudah terlalu banyak persepsi yang wujud tentang Anwar Ibrahim dan 'peranannya' dalam video berkenaan. Apatah lagi dengan seutas jam tangan berjenama mewah yang sama, telah pun diserahkan kepada polis bagi tujuan siasatan.
Penafian yang dibuat oleh Wan Azizah sebenarnya sekadar menambahkan lagi 'tohmahan' terhadap keluarganya, bukan mengurangkan atau menghapuskan sama sekali, terutama dengan penyiaran video yang dipertikaikan itu....
Dan perlu diingat, ada HAK RAKYAT DALAM KES INI dan kes ini bukanlah kes terasing serta terpinggir daripada PENGETAHUAN RAKYAT kerana Anwar adalah seorang pemimpin! Dia bukan orang biasa yang padanya terdapat larangan ghibah!!!


6 comments:
Wan azizah tak dapat terima yang tafsiran mimpi dia jauh tersasar. Dia ingat apabila dia mimpi poster anwar dimana mana sebelum dia kawin membawa erti anwar adalah seorang insan special dan mati mati akan jadi perdana menteri. Yalah kalau laki aku special anugerah Tuhan aku bini dia pun kira special juga.
Itu sebab segala keburukan anwar dia tak nampak..dan apa apa alasan yang anwar beri walaupun tak masuk dek akal..dia akan segera paut. Kerana taksub pada mimpi dia dia sanggup bohong dan sampai sekarang pun dia tetap sokong dan percayakan anwar. Dulu bohong pasal arsenic, pasal HIV. Lepas tu masa kes liwat saiful kata anwar ada dalam meeting. Sekarang bohong pasal jam omega..dan even after seeing the video with her own eyes…she still deny. Tulen tak tulen she said itu bukan anwar.
Tapi makin lama makin besar dan makin dalam lobang yang dia sender gall dan makin lama makin sukar nak terima kebenaran kerana sudah terlalu pahit. Denial after denial after denial…but a time will come..when her defense mechanism cannot cope anymore it will explode like a volcano…the longer she waits the more violent will be the explosion.
1Alabi yang menyedihkan. Nampak mereka-reka sebab Jam sudah diserahkan kepada pihak polis. Tambah rumit lagi bagi orang tua itu membela diri. DNA di jam itu bagaimana. Kalo beli jam baru sukar sikit dilosohkan...Desperado..Tak tunggu nasihat Manusia Anugera Tuhan yang pakar dalam soal pembohongan.
Aku dah tengok kak wan membuat PC di rumahnya berkenaan isu vid porno dikaitkan dengan anwar ibarahim di lama blog dan juga dalam berita perdana TV3 tadi malam. maafkan aku, dari cara kak wan membuat maklum balas vid lelaki Y yg menyerupai anwar ibrahim, ternyata beliau kelihatan cukup depress, penat dan kecewa. Intonasi suaranya juga kedengaran sungguh lemah dan seolah2 merayu.
Kepada kak wan, akak tidak perlu menafikan lelaki Y itu adalah anuar, kerana tiada satupun media massa di negara ini yng menuduh lelaki Y yang berselingkoh dengan pelacur cina itu anuar. Apa yang menjadi keributan ialah lelaki Y itu kelihatan sungguh mirip dengan anuar ibrahim. Dan pendakwaan yang mengatakan pelakon itu adalah anuar berdasarkan bukti yang boleh dipercayai, jika bukan soheh sekalipun. Contohnya jam omega yang tidak ditunjukkan, anuar 'hilang' dari tweeter dan FB pada kejadian menyudu berlaku, kehadiran lelaki yang mendakwa dirinya Dato Eskay dalam video (memang dia ada dalam segmen awal vid). Semua ini memerlukan penjelasan yang memuaskan dan disertakan juga dengan bukti2 bagi menghentikan prasangka buruk rakyat. Mengapa akak tidak menepis pendakwaan ini dengan bukti2 balasan? Mengapa? INILAH YANG RAKYAT MAHUKAN. Kami juga inginkan kebenaran dan bukannya mahukan tohmahan lagi kepada UMNO la, konspirasi la, dan seribu satu alasan tanpa bukti.
Jika benar lelaki Y dalam vio itu bukan anuar, buktikanlah dengan bukti yang menyakinkan hati. Masih tidak cukup dan amat tidak menyakinkan hanya dengan alasan perut boroi! Mengapa rakyat inginkan pembuktian balas, kerana kami telah melihat vid itu dan ternyata lelaki Y itu amat menyerupai anuar ibrahim malahan bukti2 pendakwaan (jam omega, anuar hilang dll) seolah2 mengesahkannya!!
Dalam hati kecilnya, memang dia akui orang yang dalam video adalah suaminya... Sekarang fikrannya bercelaru... Sanggupkah dia meninggalkan suaminya... Suaminya telah mengkhianati dia... Tabahkan hati kecil Dan buat lah sepertimana yang dituntut agama...
hati isteri mana tak hancur, walaupun hanya mirip2!!
tapi ada Anugerah Tuhan tu kisah!!
Saya tertarik komen yang paling atas...
Siapa ajar kalau nak buat keputusan mesti dengan solat istikharah?
Sebetulnya bila buat keputusan kita dengan kepala hotak sendiri setelah mengkaji selidik bertanya dan sbgainya kita tentukan sendiri keputusan yang diputuskan. Solat istikharah adalah sesudah semua itu selesai sekadar iktiqad dan menetapkan hati serta reda dan tenang hati pada keputusan yang telah kita kaji.
Bukan lepas istikharah baru nak menunggu keputusan. Itu bongok punya amalan. Memang Anwar la jawabnya!
-az
Post a Comment