Berbeza daripada UMNO yang lebih memperlihatkan penghormatan kepada Sarawak, ternyata PAS pula sangat TEBAL SEMANGAT 1Malaysia mereka. UMNO tidak mempunyai seorang calon pun di Sarawak, malahan parti itu juga tidak wujud di Sarawak. Tiada juga pengimportan calon-calon dari Semenanjung untuk memenangkan UMNO yang tidak wujud di Sarawak. Berbeza dengan PAS di mana PAS jauh lebih berani berbanding UMNO. Seorang calon PAS daripada lima orang merupakan calon import dari sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung. Biarpun PAS cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa PAS sudah mendapat tempat dan sokongan di Sarawak, namun pencalonan wakil dari negeri di Pantai Timur Semenanjung itu, sudah cukup untuk membuktikan bahawa PAS Sarawak sebenarnya sangat ketandusan pemimpin.
Mungkin bagi kes ini di Semenanjung, ia bukanlah satu perkara asing. PAS seringkali menggunakan calon-calon import dalam setiap pilihanraya. Adakalanya bukan kerana tidak mempunyai calon-calon tempatan, tetapi untuk memastikan 'orang besar' dalam PAS mempunyai kedudukan dan jawatan sebagai wakil rakyat.
Namun situasi ini sebenarnya sangat berbeza di Sarawak. Ketika keperluan kepada calon anak tempatan lebih mendesak dan diperlukan dalam persekitaran di Sarawak, ternyata PAS mengambil risiko yang sangat besar untuk calonnya kehilangan wang deposit apabila tiba hari pembuangan undi nanti!!!


0 comments:
Post a Comment