Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jassin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun tiga hari lepas ekoran tindakan kejam seorang guru di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan kelolaan parti itu di Jejawi, Perlis. PAS Perlis juga memohon maaf kepada kaum guru kerana peristiwa tersebut turut memberikan persepsi buruk kepada golongan tersebut.
Tindakan yang dilakukan oleh PAS Perlis sebenarnya adalah tindakan terpuji. Sekalipun, banyak pihak yang cuba menyalahkan PAS Perlis berhubung tindakan kejam dan ganas salah seorang guru di sekolah milik parti tersebut sehingga menyebabkan kematian kepada Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7 tahun, namun peristiwa berkenaan tidak seharusnya dipalitkan kepada semua guru atau institusi pendidikan, sama ada yang 'berjenama' kerajaan pusat mahupun organisasi dan individu.
Setiap institusi pendidikan sebenarnya menjadi gedung ilmu untuk para pelajar dari segenap lapisan untuk menyediakan mereka kepada masa hadapan yang lebih mencabar. Tragedi yang berlaku, sungguhpun melibatkan salah seorang petugas yang makan gaji dengan PAS di Jejawi itu seharusnya dipandang dari sudut jenayah dan sikap individu yang bergelar guru itu, bukannya organisasi.
Pentarbiahan dan didikan yang diterima dari parti sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan tindakan kejamnya terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun. Sebaliknya tindakan yang dilakukannya adalah tanggungjawabnya sendiri. Biarpun bergelar ustaz dan warden asrama, lelaki itu sebenarnya tidak mampu mengawal nafsu amarahnya sekaligus menjadi asbab dan musabab kepada kematian kanak-kanak malang itu.
Bukan semua orang baik cuba berjinak-jinak dan ingin kelihatan seperti orang terdidik dalam agama. Sebaliknya lebih ramai yang sebenarnya kosong, bodoh tolol dan mangkuk hayun yang akan berlagak seolah-olah mereka sangat beriman, bertaqwa dan sangat arif dengan hukum-hakam agama. Dan kerana kejahilan mereka itulah, maka tercetuslah tragedi yang sepatutnya boleh dielakkan jikalau pihak pengurusan sekolah tersebut memantau serta meneliti individu yang hendak digajikan sebagai guru.
Sesuatu yang baik ialah, PAS Perlis tidak berusaha mempertahankan atau melindungi guru tersebut daripada disiasat serta diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Bahkan sebaliknya menjadikan tragedi tersebut sebagai cara memohon maaf kepada rakyat dan orang awam agar institusi pendidikan yang diwujudkan oleh PAS tidak dilihat sebagai tempat berkumpulnya dan tersebarnya keganasan!!!


9 comments:
DALAM ISLAM APA HUKUMANYA YA KALAU MEMBUNUH BUDAK YANG BERDAYA. PAS SIALA JAWAB
bermisai itu....kucing
berjanggut itu kambing...
yang berakal itu insan....
PAS itu bukan ISLAM...
Sokong tubuh Suruhajaya Siasatan Diraja ... keadilan untuk arwah adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7
patut diadakan siasan terperinci kemungkinan pembunuh tu adalah saki baki kumpulan al-maunah atau kamikazi Pas
Eloklah sekiranya, ibubapa kanak2 yg sedang belajar di sekolah2 agama PAS mengeluarkan anak2 mereka sebelum anak2 itu ditimpa malang spt ini.
Menyesal dahulu kedapatan, menyesal kemudian tak berguna ..........
Melayu mudah lupa ...........
tanya pada bob lokman ada beranikah dia nak hantar anak dia kat sekolah tajaan PAS ni supaya anak dia jadi orang yang soleh dan soleha.
amat cukup memalukan seorang dewasa dan guru pula, membunuh seorang budak kecil yg tidak berdaya melawan, cukup cukup bacul dan langsung tidak gentleman sama sekali, saya doakan anda cepat mati, inikah rupa ustad PAS
pas tidak menutupkan masalah ini dan mohom maaf untuk kesalahan guru tersebut.
namum begitu, issue perkauman oleh guru siti inshah di johor? kerajaan tidak memohom maaf pun. sebaliknya menyalahkan namewee racist sambil mahu mengalihkan perhatian orang ramai.
@Khoyyen
Guru di Johor tak bunuh orang. End of story.
Post a Comment