Tumpuan PKR sekarang adalah di bahagian pedalaman yang mereka anggap mudah untuk dipengaruhi. Secara tradisinya, kebanyakan kawasan pedalaman dan luar bandar adalah penyokong Barisan Nasional yang sangat tegar.
PKR dan Anwar Ibrahim tidak mempunyai isu khusus di Sarawak melainkan Taib Mahmud dan kekayaannya. Dalam setiap ceramah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, yang dipersoalkan oleh mereka hanyalah kekayaan Taib Mahmud. PKR dan Anwar Ibrahim sendiri tidak mempunyai kaedah-kaedah terbaik menggantikan sistem yang diamalkan oleh Barisan Nasional di Sarawak.
Kesimpulan mudah daripada apa yang cuba dilakukan oleh PKR ialah, mereka sebenarnya hanya ingin menggantikan tempat Taib Mahmud kerana mereka dengkikan kekayaannya! Mereka sekadar ingin menggunakan dan menyalahgunakan kekayaan Sarawak seperti mana yang dilakukan oleh PKR di Selangor!!!
Kerana itulah, PKR cuba melakukan penyembelihan besar-besaran dengan menghasut setiap suku kaum di Sarawak agar saling bermusuhan antara satu sama lain. Masyarakat sasaran yang perlu 'dihapuskan' adalah Melanau memandangkan suku Melanau biarpun bukan masyarakat majoriti di Sarawak, menguasai politik negeri itu.
Menjadikan Melanau sebagai sasaran untuk dibenci oleh suku-suku kaum lain di Sarawak adalah kaedah termudah PKR. Melanau yang terbahagi kepada masyarakat Islam dan Kristian dilihat sangat mudah untuk dihapuskan terutama dengan pengimportan budaya politik dari Semenanjung yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.
Tiada istilah satu masyarakat bagi PKR kerana sebarang usaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang mantap hanya menyukarkan untuk PKR bertapak dan berakar umbi. PKR memerlukan masyarakat yang sangat berbilang dan agama yang pelbagai. Semakin ramai dan semakin banyak, semakin mudahlah untuk mereka 'bekerja'.
Perhatikan sahaja lawatan-lawatan dan ceramah-ceramah yang dilakukan oleh PKR dan Anwar di Sarawak. Setiap satu lawatan dan ceramah adalah sentimen menimbulkan kebencian terhadap Melanau yang ketua mereka adalah Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Anehnya, yang menimbulkan perkara itu adalah pemimpin politik dari Semenanjung, bukannya dari Sarawak sendiri!!!
Namun seperti kata bidalan, pelanduk sering melupakan jerat, jerat tidak melupakan pelanduk.... Anwar Ibrahim harus berhati-hati dan perlu sangat berwaspada. Dia telah bergerak terlalu laju dan berharap rakyat Sarawak akan lebih mudah menerima tohmahan dan fitnahnya. Apabila Barisan Nasional mula menggerakkan jentera kempen mereka, akan berlakulah pertembungan yang lebih hebat apabila Barisan Nasional sudah pasti akan menurunkan jaguh-jaguh tempatan yang boleh bertutur dalam loghat dan bahasa tempatan, yang lebih memahami adat resam dan istiadat masyarakat setempat, yang lebih faham tentang budaya politik tempatan, bahkan yang lebih dekat dengan masyarakat pengundi berbanding pemimpin politik dari Semenanjung yang datang mereka ke Sarawak semata-mata untuk menggantikan tempat Taib Mahmud!!!


0 comments:
Post a Comment