Kita kini digemparkan ngan isu VIDEO, SEX and LIES............
Yg gemparnya..ianya melibatkan DATUK2!! bukannya orang awam... Bukan kali ni je citer2 PANAS pasal DATUK2..tapi dah sekian juga.
Pasal gossip2 liar DATUK2 ngan artis2, sehingga orang dah tak kisah dah, seolah2 semua datuk2 ni macam dah sinonim ngan gossip2 liar dan ngan skandal2 panas!! ek leh DATUK, tu kira biasa ler..
Satu masa dulu...DATUK2 ni dianggap satu kelas elit dalam masyarakat. Datuk2 ni dihormati kerana jasa2 mereka pada agama, bangsa dan negara!!
Aku rasa..mereka yg berpangkat DATUK2, TAN SRI, DATUK SERI, TUN, entah apa lagi aku pun tak tahu..patut duduk semeja dan fikir sejenak..ngan semua senario yg berlaku sejak menjak ni!!
Perlukah seseorg tu layak lagi ngan gelaran DATUK, TAN SRI, DATUK SERI, TUN dan apa2 gelaran jika:-
a) buruk2kan negara
b) trlibat ngan sebarang kes2 jenayah spt rasuah, langgar lari
c) terlalu kerap kena saman ekor yakni tak mematuhi undang2 jalanraya
d) trlibat ngan skandal2 panas
e) trlibat ngan salah laku seks f
) trlibat ngan dadah, judi dan arak dll..
ianya tak kira lah..semada ianya dari ISlam atau tidak.kerana Negara ni agama rasminya adalah agama Islam. dan sekurang2nya menimbangkan kita adalah org Timur yg kaya ngan budi bahasa dan sopan santun..
Kita tak mahu DATUK2 ni kurang ajar, sombong, guna negara ni macam mak pak dia punya, seolah2 above the law!! apa2 kes yg libatkan diri mereka atau keluarga mereka leh kowtim..
Kita mahukan DATUK2 ni "earn" penghormatan.. Kita mahukan DATUK2 ni adalah golongan yg betul2 brbudi bahasa, tinggi integratinya, patriotik, tinggi brdisplin, golongan yg benar2 daulatkan undang2!!
Kita tak mahu DATUK2 ni jadi golongan yg boleh potong barisan, leh guna lorong kecemasan (kerana mereka ada urusan penting), sentiasa mahukan VIP treatment!! (earn the VIP treatment bukannya request)..
Kita mahukan DATUK2 ni bersih dari segala jenis tohmahan, gossip2 liar dan skandal2..
Kita mahukan DATUK2 ni yg boleh dijadikan contoh teladan pada anak2 dan generasi muda..
Kita tak mahu ada yg brfikiran jadi je DATUK..maka ada ler lesen leh buat apa saja, leh 'dating" ngan artis2, mesti jadi tumpuan awek2 cun, leh buat seks bebas dihotel2 yg "selamat"..dan kalau bersalah ditangkap mereka mahukan layanan istimewa semada ketika diambil laporan polis, disiasat, dan didakwa- alasan kerana mereka ni DATUK2 ...
dan yg sioknya..
setelah buat segala onar dan kesalahan leh muncul didepan umum dan masyarakat ngan lagak dia adalah salah seorang pemimpin masyarakat!! dan walaupun telah terbukti akan kesalahan juga spt salah laku seks, rasuah, dan lain2 kesalahan jenayah.. masih tak malu2 dipanggil YG DIHORMATI DATUK, TAN SRI, TUN dsb..dan masih berjalan ngan bangga didepan orang ramai!!
Apakah DATUK2 kita ni dah tak ada harga diri, maruah..dah langsung tak de agama!! Jika ada maruah dan integriti pada ANUGERAH KEMULIAAN DAN KEBESARAN..tak perlu tunggu orang lucutkan, tapi kembalikanlah gelaran tersebut!!
Bayangkan jika mereka2 ni yg dikurniakan DARJAH2 KEBESARAN OLEH RAKYAT ( walaupun dianugerah oleh Sultan2/Gabenor2). Aku kabor darjah2 kebesaran ni dikurniakan oleh rakyat..kerana selepas mereka dikurniakan darjah kebesaran ni oleh Sultan2..rakyat ler kena raikan mereka!! rakyat ler kena beri pengorbanan dan penghormatan mereka!!
Dan..pada mereka2 yg dikurniakan KEBESARAN2 dan KEMULIAAN ini tidak setuju ngan kerajaan, semada polisi dan undang2 atau pentadbirannya..Lucutkan sendiri gelaran2 trsebut dan pulangkan sebagai tanda protes !! Jadilah rakyat biasa..yg tak perlukan apa2 sanjungan dan pengiktirafan!!
Ada "kote" ke atau MARUAH untuk lakukan sedemikian? tepuk dada tanya ler sendiri!! Senang aku menulis..kerana aku tidak punya apa2 gelaran. Pada yg punya gelaran, sesama le fikir atas kemuliaan dan kebesaran anugerah2 trsebut!! dimanakah maruah dan harga diri!!
Semoga tiada lagi DATUK SEKS, DATUK RASUAH, DATUK PEMABUK, DATUK KAKI BETINA, DATUK PENIPU, DATUK KAKI JUDI, macam2 DATUK lagi.. BAYANGKAN!!! JIKA MEREKA MERUPAKAN GOLONGAN ELIT YG DAPAT PENGIKTIRAFAN NEGARA DAN RAKYAT BERKELAKUAN SUMBANG DAN MELANGGAR UNDANG2...bagaimana ngan rakyat2 yg biasa ni!!
-aa


0 comments:
Post a Comment