Kerajaan Pusat memperuntukkan RM1.5 juta untuk Sekolah Menengah Agama Nahdatul Hasanah di Jitra di sebalik usaha kerajaan negeri yang cuba mendapatkan undi kaum Cina dengan bersedekah ratusan ribu ringgit untuk beberapa buah sekolah Cina di negeri Kedah. Apa sudah jadi?
Kekuatan utama PAS adalah undi Melayu-Islam. Sekalipun PAS mengisbatkan parti mereka dengan Islam yang tidak mementingkan perkauman, tetapi hakikatnya undi kepada PAS lebih banyak datangnya daripada masyarakat Melayu-Islam berbanding pengundi bukan Melayu-Islam.
Cerita tentang pengabaian yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah terhadap sekolah-sekolah agama di seluruh negeri itu, bukan cerita asing lagi. Kisah Sekolah Agama Taufikiah Al-Halimiah Padang Lumat atau lebih terkenal sebagai Pondok Pak Ya merupakan petunjuk paling mudah untuk mengaitkan tentang sikap sambil lewa Kerajaan Negeri dalam membangunkan pendidikan khususnya sekolah agama rakyat.
Umum mengetahui, semenjak sekolah tersebut ditubuhkan, ia banyak membuka ruang kepada PAS membuat sebarang aktiviti, khususnya kursus guru-guru PASTI peringkat pusat. Di sini jugalah telah melahirkan tokoh-tokoh ulama negara sama ada di kalangan UMNO mahupun PAS. Namun, apa yang diperolehi oleh sekolah ini sepanjang PAS memerintah di Kedah?
Antara manifesto PAS sewaktu PRU 12 ialah 'Memberi Bantuan Khas Kepada Sekolah Agama Rakyat Untuk Menjamin Kelangsungan Dan Kemajuan Sekolah Itu'.
Nampaknya apa yang berlaku ialah campurtangan kerajaan pusat bagi memastikan sekolah agama rakyat di Kedah tidak pupus. Dari zaman berzaman, Kedah sememangnya sangat terkenal dengan sekolah agama sehinggakan sebuah tempat dinamakan khusus sempena sekolah-sekolah agama ini ialah LANGGAR. Langgar bermaksud sekolah pondok.
Namun apabila PAS berjaya merampas Kedah dari UMNO, nampaknya yang dijaga sangat-sangat adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, bukannya sekolah agama rakyat, sekolah pondok mahupun sekolah agama. Bukan tidak ada bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, tetapi usaha yang dilakukan hanyalah sekadar melepaskan batok di tangga. Usaha yang diharapkan agar tidak ada orang mengata, tetapi hasilnya seperti orang hendak meruntuhkan gunung dengan camca!!!
Eloklah tu, OSTAT!!!


1 comments:
Doktrin mudah PAS ialah mentarbiahkn penuntut islam disekolah2 agama dgn ajaran asabiahn dan kawrij. .mereka berbaiah
PAS itu islam. . Mati mempertahan ugama ala PAS itu syahid, xblh mengkritik guru ugama walaupun ajarannya songsang. .
Hakikatnya PAS hendak, belia belia itu utk tujuan mengarak,mengantung bendera dan poster serta tenaga muda utk berdemotrasi serta yg p'puan comel blh dibuat bini. . .
Pondok-pondok hari daif sbb mudir sekolah dah tak sokong PAS sbb PAS disahkan menyeleweng dari ugama,siasah dan assobiahnya. . .Maka bantuan ditolak kepada sek berbangsa cina. .Kerana patuhi selera nik aziz kononnya nak mengislam DAP
Post a Comment