SUARAM mengecam tindakan polis menguatkuasakan undang-undang yang dilanggar sesuka hati oleh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim dengan beralasan, polis telah menyalahgunakan Akta Polis. SUARAM juga menggesa polis agar MENGHENTIKAN SIASATAN dan tindakan gangguan terhadap ceramah-ceramah politik Pakatan Rakyat. (BACA DI SINI)Walaweeiiiiiii...
Akhirnya terpacul jugalah wajah sebenar SUARAM yang konon-kononnya mewakili suara rakyat Malaysia, tetapi hakikatnya mereka hanyalah mewakili suara pengkhianat, petualang dan pemusnah negara ini.
SUARAM barangkali terlupa, penamaan calon PRN Sarawak adalah pada 6 April. Jadi, secara tidak langsung, sebarang kempen dan ceramah politik seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Sarawak adalah melanggar undang-undang Pilihanraya. Dengan kata lain, kalau benar SPR hendak menggunakan kuasa yang ada pada mereka, larangan pertandingan dan penyertaan ke dalam pilihanraya yang bakal berlangsung pada 16 April ini boleh dikenakan terhadap Pakatan Rakyat kerana mereka telah melanggar undang-undang dengan sengaja.
Konon-kononnya nak telus sangatlah, nak globalisasi sangatlah tapi sebenarnya SUARAM mengajak dan cuba mengajar rakyat Malaysia agar melanggar undang-undang. Menerusi desakan yang dibuat oleh SUARAM agar Polis tidak menjalankan kerja mereka, SUARAM cuba mengajar rakyat Malaysia agar menjadi penjenayah.
Kebebasan hak asasi dan kebebasan bersuara bagi SUARAM hanyalah melibatkan Pakatan Rakyat. Mungkin juga SUARAM ingin mengatakan penjenayah yang telah dihukum, sebenarnya hak mereka telah dilanggar oleh pihak berkuasa.
Oleh itu, kepada para penjenayah sekalian, eloklah anda semua menyokong dan menyertai SUARAM. Dan kalaulah anda ditangkap dan dihukum, guna sajalah alasan yang disuarakan oleh SUARAM. Apa sangatlah undang-undang kalau dibandingkan dengan Pakatan Rakyat yang disokong sepenuhnya oleh SUARAM!!!


2 comments:
Hahaha.... Bagus, bagus, betoi, betoi, SUARAM apa macam dengan hak kami orang biasa ini (yang tak nak melanggar undang2) tak nak jager kah? PELIK BIN AJAIB LAH.....
suaram... suara haram... kalo betul2 tegakkan hak, jangan laa sampai double standard...
salah tetap salah... x payah nak jadi hero...
-fd-
Post a Comment