Anwar Ibrahim mempersoalkan kewajaran penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung video lucah yang dikaitkan dengan dirinya. Kata Anwar, Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Altantuya Shiiribu jauh lebih penting daripada penubuhan Suruhanjaya yang serupa bagi menyiasat video lucah yang sedang hangat diperkatakan itu. Temberang dan helah Anwar Ibrahim sangat mudah. Dia tidak mahu sama sekali kewujudan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat tentang video yang dikaitkan dengan dirinya itu. Dia mahu rakyat Malaysia menerima bulat-bulat kata-katanya bahawa dia tidak terlibat dengan hujah-hujah tentang perut, tetek menggelambir dan 'ketiadaan' janggut. Anwar Ibrahim mahu rakyat Malaysia tidak mempersoalkan kehadirannya dalam rakaman tersebut berdasarkan pengakuan dan penafian daripada isteri dan anak perempuannya, sungguhpun pada masa yang sama, isteri dan anaknya BEGITU JELAS MENIPU terutama tentang senaman yang dilakukannya selama ini.
Seperkara yang sangat pasti lagi ialah, Anwar Ibrahim selagi boleh cuba menyeret Najib Abdul Razak dalam kemelutnya yang sengaja ditempahnya. Anwar Ibrahim masih lagi mencuba dengan taktik tahun 1998 yang menyalahkan orang lain bagi kesalahan yang dilakukannya. Dan mungkin juga Anwar Ibrahim sangat percaya bahawa helahnya pasti akan berjaya dan semua rakyat Malaysia akan menjadi sebodoh 1998 apabila mempercayai setiap temberangnya!!!
Cuma barangkali Anwar Ibrahim terlupa, antara video seks yang dikaitkan dengan dirinya dengan kes-kes yang disebutkannya (BACA DI SINI), perbezaan paling ketara ialah, di dalam video berkenaan adalah seorang lelaki yang kelihatan sangat mirip dengan dirinya. Punca kewujudan video tersebut perlu diketahui bagi memastikan Anwar Ibrahim sebenarnya bukanlah seorang mangsa yang diperas oleh suatu kuasa lain sehingga dia perlu menjadi Perdana Menteri agar pihak asing yang memeras ugutnya menerusi video-video seumpamanya juga dapat dikenalpasti!
Umum mengetahui tentang 'kuasa' asing yang mendesak dan menasihati Anwar Ibrahim agar mengambil pakej pinjaman daripada IMF dan Bank Dunia pada tahun 1997 dahulu. Begitu juga dengan hubungannya dengan beberapa entiti yang dilihat sangat berkuasa dalam menentukan dasar serta kepimpinan sesebuah negara yang telah didedahkan oleh banyak blog sebelum ini. Pendedahan-pendedahan tersebut tidak pernah dijawab oleh Anwar Ibrahim dan orang-orangnya!
Anwar hanya perlu menjawab satu soalan mudah dan menunjukkan buktinya... MANA JAM TANGAN OMEGA YANG KHABARNYA DIHADIAHKAN OLEH SEBUAH KERAJAAN ARAB KEPADANYA!!!
Dan kalau benar dia mampu menunjukkan jam tersebut, maka suruhanjaya berkenaan tidak perlulah diadakan.


3 comments:
dlm IC ada gambar susuk badan ke? IC aku ni tunjuk gambar muka aku je..
so apa kaitan perut la, punggung la, bahu la..kan kan kan?
Anuar nih dah takut nampaknya... takut akan kebenaran yang akan timbul dan tidak akan memihak kepada dirinya... seperti biasa Anuar Illuminati nih mengalih pandangan rakyat kepada isu lain yang tidak ada kena mengena dengan isu yang diketengahkan... kita harus terus mendesak penubuhan PRCI..
Baguih jugak tu kalo disiasat isu Altantuya & khalwat di Port Dickson tu. Aku pun nak tahu jugak dgn lebih mendalam mengenai kes di atas tu. Apa citer semua tu...
Post a Comment