Program dua hari yang membabitkan blogger-blogger pro-Pakatan telah diadakan di Ampang. Perasmian dan penutup majlis tersebut telah disempurnakan oleh sahabat baik dan 'trojan horse' Anwar Ibrahim di dalam PAS, Kamaruddin Jaafar. Pertemuan antara blogger-blogger Pakatan itu telah menghasilkan satu Gerakan Revolusi 2013 yang menjurus kepada mempengaruhi pola pengundian rakyat Malaysia dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Tahniahlah kepada barisan blogger-blogger Pro-Pakatan yang kelihatan lebih 'stabil' dan lebih 'bersepadu'. Pada pilihanraya umum lalu, blogger pro-Pakatan merupakan antara senjata utama yang telah digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk menyapu empat buah negeri (5 sebenarnya iaitu Perak). Malah dalam beberapa pilihanraya kecil selepas PRU12, blogger Pakatan Rakyat turut memainkan peranan penting yang membuahkan hasil yang sangat lumayan kepada Pakatan Rakyat, khususnya kepada PAS dan DAP.
Ketika blogger-blogger pro-UMNO kelihatan masih lagi bergerak sendiri-sendiri, sudah beberapa kali 'konvensyen' melibatkan blogger-blogger Pro-Pakatan telah pun diadakan. Sebelum di Ampang, kali terakhir adalah di Kota Bharu. Biarpun kebanyakan blogger Pro-Pakatan beranggapan blogger pro-UMNO lebih kaya dan menerima bantuan serta gaji bulanan yang dilaporkan mencecah RM5000 sebulan, namun hakikatnya, hanya kebanyakan blogger pro-UMNO sahaja yang tahu sama ada benar atau tidak cerita-cerita 'CINDERELLA' itu.
Agak beruntung kerana meskipun wujud beberapa pertelingkahan dan pada suatu ketika dipinggirkan, blogger-blogger Pakatan Rakyat lebih mendapat perhatian daripada 'tuan-tuan' mereka. Kerjasama yang diberikan kepada blogger-blogger Pakatan Rakyat, jauh lebih baik daripada yang diterima oleh blogger-blogger pro-UMNO daripada 'tuan' masing-masing.
Ambil sahajalah contoh pertemuan blogger dengan pihak UMNO di sebuah negeri... pertemuan demi pertemuan dibuat, tetapi hasilnya tetap macam 3 tahun sudah... tiada apa-apa yang berganjak, dan tiada apa-apa yang bergerak sebaliknya sekadar mendapat janji dan jaminan yang kemudiannya diberitahu bahawa 'kami tengah sibuk'.
Cerita banyak pun tak guna... apa-apa pun diucapkan RIBUAN TAHNIAH MELEMON untuk blogger-blogger Pakatan Rakyat yang bersidang di Ampang dan mendapat bantuan sewajarnya daripada pemimpin-pemimpin politik mereka!!!


5 comments:
saya amat bersimpati dengan nasib yang dihadapi oleh sebahagian bloggers pro kerajaan.
Walaubagaimnapun tahniah atas sumbangan yang diberikan.Hanya ALLAH saja yang akan membalas jasa baik anda.
Janganlah diharapkan berian dari kerajaan krana saya percaya sekiranya ada peruntukanpun tentu telah masuk kepoket haprak-haprak yang tidak amanah.
sbg pembaca blog, aku pun nak ucapkan tahniah utk blogger2 pro kerajaan yg dianggap blogger nyamuk tetapi gigitan nyamuk2 ini cukup pedih dan gatal tak terhingga..hehehe
kita tengok lah nanti sama ada rakyat sudi dan sanggup diperbodoh macam tahun 2008. Rasanya org-org muda dan makin celik, kecuali mereka redha diri mereka jadi pak turut tanpa pendirian sendiri. Namun demikian, syabas pak cik ucapkan kepada bloggers PR... It is time for blogers BN to be united. Kami dibayar?..hehehe... sgt menggelikan hati.. bohong atas bohong atas bohong..tak habis-habis..bak kata Anwaq Brahim (yg meniru kata2 Abraham Lincoln).."you can fool some of the people some of time but u cannot fool all the people all the time"..
kini kata2 itu makan Anwaq sendiri.Padan muka.
dah buat blog pun kena ada peruntukan ka wahai blogger PR?
saya lagi bersimpati dgn bloggers pro kerajaan selangor, pulau pinang, kelate dan kedah, terutamanya yg pro kerajaan s'gor. Buat blog pun tunggu kena upah. Kami bloggers pro pembangunan rakyat dan negara tak perlu disogok. Sukarela.
Post a Comment