Friday, April 8, 2011

TINDAKAN WAN AZIZAH AKIBAT FAKTOR JAM TANGAN OMEGA?

Jangan sebut tentang jam tangan OMEGA di hadapan Wan Azizah Wan Ismail, isteri 'pelakon terkenal' Anwar Ibrahim yang juga seorang 'pelakon' hebat terutama sekali dengan air mata dan sarung tangannya. Sebarang perkataan OMEGA yang didengar oleh cuping telinga Wan Azizah akan mengakibatkan Wan Azizah meroyan dan melompat-lompat bagaikan ada kerengga yang mengetik buntutnya.

Wan Azizah yang dikhabarkan masih belum bertemu dengan suaminya, Anwar Ibrahim, sekaligus mengesahkan tentang tetek labuh dan perut buncit Anwar Ibrahim, telah meminta serta menasihati Dominique Ng, satu-satunya wakil PKR yang menang kerusi DUN Sarawak pada pilihanraya negeri yang lepas dan kini sudah melangkah keluar parti, agar menarik diri daripada bertanding di Padungan. Sebaliknya Wan Azizah meminta agar Dominique memberikan sokongan kepada calon DAP, Wong Kim Wei. Kononnya Dominique telah berikrar untuk menyokong calon Pakatan Rakyat dan tidak akan bertanding di Padungan dalam PRN kali ini. (BERNAMA)

Agak menarik juga dengan nasihat yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Dominique Ng sungguhpun menyedari bahawa Dominique Ng mempunyai kekuatan yang tersendiri di kawasan Padungan ini berbanding calon Pakatan yang dianggap mentah dan tidak berwibawa.

Pandai pula Wan Azizah memberikan nasihat kepada Dominique Ng. Bagaimana pula dengan nasihat agar dia segera menunjukkan JAM TANGAN OMEGA kepada orang ramai atau pun pada sidang media, memandangkan jam tangan OMEGA pemberian Raja Arab Saudi itu merupakan petunjuk paling jelas sama ada memang benar Anwar Ibrahim di dalam video lucah yang dikaitkan dengan dirinya atau sebaliknya.

Sehingga kini, Wan Azizah sekadar mampu berkata-kata yang jam tersebut ada dalam simpanannya. Mengharapkan orang ramai akan percaya tentang kewujudan jam tangan itu, Wan Azizah masih lagi berusaha meneruskan penipuan yang mula dilakukannya apabila Anwar Ibrahim ditangkap atas kes liwat pertama dahulu.

Virus HIV dan keracunan Arsenik yang dicabar untuknya membuat pembuktian, sudah belasan tahun berlalu tanpa sedikit pun Wan Azizah mampu melakukannya. Jam tangan OMEGA hanyalah salah satu daripada penipuan yang cuba dimomokkan kepada rakyat Malaysia untuk meneruskan siri lakonan mantap dan hebatnya.

Justeru nasihatnya kepada Dominique Ng tidak ubah seperti nasihat agar dia membuktikan kewujudan jam tangan OMEGA itu masih dalam simpanannya.... kalau nasihat yang sangat mudah itu tidak mampu diadakan oleh Wan Azizah, sememangnya dia tidak layak untuk menasihati Dominique Ng untuk menarik diri dan membiarka calon DAP bersendirian melawan calon Barisan Nasional di Padungan.

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template