Monday, April 4, 2011

UPACARA BUNUH ANWAR IBRAHIM OLEH ANGKATAN MUDA KEADILAN!!!!

Bagaikan terlalu takut dan terlalu yakin, orang yang ada dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim itu sememangnya adalah Anwar Ibrahim, Angkatan Muda Keadilan (AMK), terpaksa menfailkan permohonan qazaf terhadap Rahim Thamby Chik, salah seorang daripada trio Datuk T yang mendedahkan kewujudan video berkenaan.

Permohonan tersebut diajukan menerusi Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Mungkin Shamsul Iskandar Mohd Akin, dengan menggunakan Undang-Undang Qazaf, maka isu yang melibatkan Anwar Ibrahim di dalam video berkenaan akan terpadam dengan sendirinya. Namun yang paling menarik ialah, mengapa Abdul Rahim Thamby Chik dan tidak Shazryl Eskay, tidak juga Shuib Lazim? Apakah berpandangan dan berharap Abdul Rahim Thamby Chik boleh dijadikan sebagai saksi fasiq kerana pernah dituduh jenayah, maka ia menjadi cara termudah untuk mengembalikan maruah Anwar Ibrahim?

Yang jelas, apa yang dilakukan oleh AMK dan sekiranya permohonan tersebut dijadikan kes, maka video berkenaan sekali lagi akan menjadi isu panas. Ia bukan sekadar isu panas yang diperkatakan, bahkan akan dijadikan bahan bukti oleh pihak pembela iaitu Abdul Rahim Thamby Chik.

Bagaimanapun, tindakan AMK menerusi Shamsul Iskandar Mohd Akin itu adalah sesuatu yang SANGAT WAJAR DISOKONG. Sudah terlalu lama video berkenaan menjadi isu yang diperkatakan, tetapi sehingga kini, hanya keputusan siasatan polis yang mengesahkan ketulenan video berkenaan sahaja yang diketahui umum.

Terlalu ramai yang ingin tahu 'isi kandungan' sebenar video berkenaan.... sekalipun heboh diperkatakan, pelaku lelaki yang memancut dua kali maninya setelah membalun pelacur China itu sebagai Anwar Ibrahim, namun kesimpulan sebenarnya masih belum boleh dibuat. Pihak berkuasa juga belum lagi memberikan sebarang kesimpulan tentang pelaku yang menyerupai Anwar Ibrahim itu.

Apabila kes ini dibawa ke mahkamah dalam apa-apa juga alasan dan kes, jaminan yang boleh dipastikan ialah, pelaku di dalam video berkenaan akan terdedah!!!

3 comments:

Anonymous said...

Kalau politik murahan macam ni memang lah kerja kerja pencacai anwar. Bosan dah tengok anwar ni formula dia semua sama konspirasi lah fitnah lah akan tetapi DNA tak nak beri juga. Berani kerana benar lah kalau anak jantan......
Teringat kisah seorang yang datang berjumpa dengan Rasullullah saw dan bertanyakan dengan beliau "apakah perkara yang dibuat yang tidak akan di ketahui orang lain? Baginda menjawab, Apa yang kamu tidak lakukan ialah perkara yang tidak diketahui olih orang lain." Kesimpulannya ialah apa apa yang kita kerjakan lambat laun akan di ketahui olih orang lain dan perkara yang kita tidak lakukan tidak akan di ketahui olih orang lain, maka benarlah sabda Nabi Muhammad saw releven sehingga akhir zaman.

Wallahualam.

blogenstarz on April 4, 2011 8:45 PM said...

Dia ni peguam yang cetek IQ nya. Orang lain jadi peguam sebagai kerjaya.Dia jadi Peguam kerana nak jadi KUDA TROJAN!

Anonymous said...

aku tengok muka peguam AMK ni mcm muka kanak2 terencat akal je [down syndrom]....bebal nak mampus.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template