Thursday, April 7, 2011

VIDEO LUCAH ANWAR: SI BOTAK LEGAM NI PULA BERTELUR DI MULUTNYA!!!!

Sivarasa Rasiah, salah seorang peguam mahal belaan Anwar Ibrahim selain berjawatan Ahli Parlimen Subang mendakwa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak perlu bagi menangani video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Katanya, kes tersebut bukanlah kes besar dan tidak mempunyai sebarang kepentingan nasional. Apatah lagi Wan Azizah sudah pun membuat pengakuan bahawa orang di dalam rakaman video berkenaan bukanlah Anwar Ibrahim.

Rupa-rupanya peguam ini memang dari jenis tolol yang bukan sahaja menolak sebarang kebenaran dan hak kerana mendapat bayaran yang banyak, tetapi turut mengajak rakyat menjadi tolol kerana akhirnya rakyat yang terpaksa mendapatkan khidmatnya dengan sejumlah bayaran yang sangat besar.

Apa hak dia untuk mengatakan video tersebut tidak mempunyai kepentingan nasional? Adakah Anwar Ibrahim merupakan Sivarasa Arumugam yang kerjanya mencuri kabel telefon atau kaki mabuk yang tertidur di perhentian bas?

Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Sebagai seorang pemimpin, tidak ada privasi yang diperuntukkan untuk Anwar Ibrahim sebab jawatan sebagai pemimpin bukannya merupakan perlantikan Allah Taala sebaliknya diminta dan dilantik oleh manusia. Dan sebagai seorang pemimpin, Anwar perlu membersihkan dirinya daripada sebarang tuduhan jenayah mahupun salahlaku moral.

Bukankah itu yang Anwar dan PKR laung-laungkan tentang Najib Abdul Razak dengan Altantuya Shiiribu. Mengapa untuk Najib Abdul Razak, lain pula alasannya dan untuk Anwar Ibrahim memerlukan alasan yang jauh berbeza?

Apa istimewanya Anwar berbanding Najib Abdul Razak sehingga dia perlu mendapatkan keistimewaan yang bukan-bukan? Adakah hanya kerana Anwar Ibrahim dikatakan oleh isterinya sebagai 'Anugerah Tuhan', maka seorang peguam botak yang hitam legam hatinya mengatakan tiada kepentingan untuk pendedahan salahlaku dan moral kepada umum?

Apakah Sivarasa Rasiah berasakan seluruh rakyat Malaysia boleh diperbodoh-bodohkan dan tidak ada hak untuk mengetahui kebenaran di sebalik tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim? Dan kalaupun Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video tersebut tidak diperlukan, mengapa pula JAM TANGAN OMEGA SAMPAI KINI MASIH TERSOROK?

Yang paling penting, apa sebenarnya yang sangat ditakuti oleh para penyokong Anwar Ibrahim tentang video berkenaan? Atau apa yang dilakukan oleh Sivarasa Rasiah sebenarnya adalah mengalihkan perhatian dan melekakan rakyat Malaysia sekaligus membolehkan Anwar Ibrahim melarikan diri ke luar negara dan tidak pulang-pulang lagi?

3 comments:

Anonymous said...

DSAI seorang pemimpin Ketua pembangkang tak kan tak fahamkut yang dikatakan ketua apatah lagi lepas ni nak jadi PM pulatu kena bersihlah dari segala tomahan bukan bagitu

Anonymous said...

nuar bukan nya ada pengaruh, rakyat pun tak suka dia, dan dia tidak memberi ancaman kepada umno sebab dia sudah tidak ada pengaruh. tak perlulah suruhanjaya , mengabiskan duit kerajaan aje

Anonymous said...

TAK BOLEH PULAK?
APA BEZA ANWAR DAN TBH?
KEDUDUKAN SIAPA LAGI TINGGI?
MENGAPA TAK BOLEH?
HERAN...HERAN...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template