Monday, April 4, 2011

VIDEO LUCAH: DEPA DAH KALUT!!! BUAH EPAL DIKATAKAN BUAH OREN!!!!

Bertalu-talu KEADILAN ONLINE mengeluarkan artikel-artikel untuk meyakinkan penyokong-penyokong PKR bahawa orang yang ada di dalam video yang telah dimuatnaik di Youtube bukan Anwar Ibrahim. Bermula dengan berita JANGAN TERTIPU FITNAH TERBARU BLOGGER UMNO, kemudian ulasan bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang di bawah tajuk VIDEO TAK LAYAK DIJADIKAN BUKTI KERANA BOLEH DIUBAHSUAI - BEKAS MUFTI dan sejurus sebelum artikel ini ditulis, satu lagi artikel bertajuk, SOSOK, LENGGOK BUKAN ANWAR - NIK NAZMI disiarkan oleh portal berita PKR itu.

Beberapa buah blog yang menyokong PKR turut membuat penafian pantas bahawa orang yang dirakamkan di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim berdasarkan hujah-hujah mereka. Lebih menarik ialah apabila hujah, video yang dikatakan oleh Eskay dirakamkan di Kuala Lumpur, tetapi mengapa pula video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai labeih bertulisan Thailand.

Ada yang mempersoalkan tentang kedudukan statik kamera. Ada juga yang mempertikaikan tentang orang ketiga. Ada yang memberikan hujah, video tersebut sebenarnya adalah sebuah situasi yang diarahkan apabila wujudnya orang ketiga yang kemudian dilihat keluar dari bilik berkenaan menerusi pintu yang ditutup oleh lelaki yang kelihatan seperti Anwar Ibrahim.

Sama ada penafian pantas yang dibuat terutama sekali butiran yang diberikan oleh Nik Nazmi sememangnya satu penafian yang baik atau satu penafian yang lebih kepada membunuh Anwar Ibrahim, pastinya kehadiran video ini di Youtube, tidak boleh dipandang mudah.

Beberapa pemimpin kecil PAS yang bertugas di kalangan akar umbi, sudah pun menyatakan keraguan mereka terhadap Anwar Ibrahim. Malah ada yang mempersoalkan ibadat mereka menerusi solat hajat yang cuba menolak fitnah yang kononnya dilemparkan kepada Anwar Ibrahim....

Jangan buat kesimpulan apa-apa dahulu. Mungkin ini bukanlah video yang kerap diperkatakan itu, sebaliknya sebahagian daripada video yang 'tersorok' dan hanya disentuh seimbas lalu oleh Eskay tatkala dia memberi amaran kepada para penyokong dan Anwar Ibrahim sendiri beberapa hari lepas.

2 comments:

Anonymous said...

Amaran buat pencacai bengap PKR+PAS. Kehadiran clip video pendek ini bererti ada bahagian utama video ini yang masih tidak diuloadkan. Provokasi si bengap seolah-olah sedang menjolok jatuh baki video ini dan video-video lain.

Maka dengan itu lengkaplah pertarungan ini nanti. Alang-alang basah ya... Apa mahu dilihat objek tumpul mamat tu keluar masuk di U-Tube? Tidak cukup ke apa yang telah diuploadkan?

Percaya atau tidak, biarkan fikir rakyat fikirkan sendiri sebelum suruhanjaya / mahkamah bua keputusan. Jika takut kalah dikalah di PRN Sarawak, pandai-pandailah ya.

Ingatlah wahai pencacai bahawa hidup ini bukan 100% politik je.

Anonymous said...

selamat tinggal pkr!!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template