Wednesday, April 6, 2011

VIDEO LUCAH? TINGGINYA IMAGINASI AMK!!!!

AMK semalam telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tentang tiga buah blog yang dikatakannya telah menyebarkan video lucah. Blog-blog tersebut adalah blog PAPAGOMO, PISAU.NET dan GERAKAN ANTI PKR (GAP). Laporan kepada SKMM turut dibuat terhadap ThePowerMan yang memuatnaikkan video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim di laman YouTube.

Agak aneh, klip video yang berdurasi tidak sampai dua minit itu dikatakan sebagai video lucah sedangkan isi kandungannya begitu jelas hanya membabitkan dua orang lelaki yang mundar-mandir, memeriksa jamban, mematikan televisyen, mematikan lampu, menyalakan lampu bilik air, seorang wanita yang berpakaian yang kemudiannya berkemban tuala, dan berakhir dengan lelaki bertuala memeluk wanita berkenaan.

Adakah itu yang dimaksudkan sebagai video lucah?

Sehingga kini, video tersebut tidak jelas sama ada merupakan video yang ditayangkan di Carcossa Seri Negara atau sebaliknya. Trio Datuk T tidak memberikan sebarang komen berhubung penyiaran video tersebut. Manakala Malaysian Insider pula menafikan bahawa video tersebut adalah video yang ditayangkan kepada wartawan dan editor media hampir dua minggu lalu.

Secara jelas, kelihatan ketakutan yang sangat terserlah kepada AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin. Secara jelas juga, Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah si bantut yang mempunyai imaginasi yang sangat hebat tentang kelakuan seks dan kelucahan berbanding kalau disuruh berfikir secara positif.

Soalan yang boleh ditanya kepada AMK dan Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam laporan kepada SKMM itu ialah, di manakah kelucahan yang dimaksudkan pada video tersebut? Rakyat sudah pasti ingin tahu kerana ini ADALAH HAK mereka. Apa yang mendorong kepada laporan berkenaan jikalau bukan Anwar yang terlibat seperti penafian demi penafian yang dibuat oleh para pemimpin PKR termasuklah oleh Wan Azizah sendiri?

Jangan fikir Anwar Ibrahim sahaja ada hak, sedangkan RAKYAT KESELURUHANNYA LEBIH BERHAK untuk tahu tentang KEBENARAN yang terkandung di dalam video tersebut. Kalau video yang dikatakan palsu telah menyebabkan AMK melatah sehinggakan berimaginasi tinggi tentang kelucahan yang disiarkan, sudah seharusnya barisan kepimpinan AMK memberikan pencerahan kerana ia adalah HAK RAKYAT, terutama sekali HAK AKAR UMBI PKR sendiri untuk mengetahui tentang moral Ketua Umum mereka... apatah lagi PKR ditubuhkan kerana Anwar dan untuk Anwar!!!

6 comments:

Ular Menyusur Akar on April 6, 2011 11:50 AM said...

Kak wan kata tenggok video tu tak haram. Kak wan sekeluarga pun tenggok. Memandai aje amk ni... Kalau tak haram, tak luicahlah. Mana kak wan nak tenggok video lucah. Haram. Berdosa

nonbal on April 6, 2011 11:51 AM said...

Betul tu, kadangkala seseorang merasakan diri mereka amat bijak tanpa mengetahui bahawa orang lain lebih bijak dari mereka. Konon nak dpt publisiti atau nak tutup skandal, tapi terlajak aksi sehingga memakan diri. Iskandar dan Nik Nzmi, aku sangka kau berdua ni bodoh, rupanya bukan bodoh, tapi banggang sekali. Sekarang nak buka langkah yang mana satu pun tak tau, dah kucar kacir seluruh AMK dan majlis tertingginya. Penyusun strategi pun dah buntu, Anwar lagilahhh.

Zakir on April 6, 2011 12:00 PM said...

Aku sependapat dengan TFK, di manakah kelucahan dalam vid 1.46 minit itu sebagaimana didakwa oleh AMK. Ia tidak lebih daripada petikan vid pendek (daripada vid panjang) menunjukkan 2 lelaki; seorang berpakaian lengkap, seorang bertuala dengan seorang wanita yang berpakaian kemudian bertuala di dalam sebuah bilik.

Sebenarnya AMK dan puak2 pakatan sudah mati akal dan tergamam bila vid itu disiarkan, TANPA mempertimbangkan vid itu hanyalah sebuah petikan vid biasa kerana dalam vid itu ada seorang pelakon yang disabitkan dengan pemimpin mereka. ITU YANG AMAT DITAKUTI MEREKA SEKARANG INI. Bukan isu kelucahan yang dibimbangi sangat, tetapi mereka takut rakyat semakin yakin peranan pemimpin mereka dalam skandal zina dengan perempuan china tsbt. Dan andai mereka khuatir sangat vid itu adalah konspirasi menjatuhkan pemimpin mereka, nah, sokonglah penubuhan siasatan diraja (RCI) bagi membersihkan imej pemimpin mereka. Hmm...tapi cadangan itu ditolak mereka mentah2 pula.

AMK perlu ingat, jika mereka timbulkan isu hak ke atas pemimpin mereka, rakyat juga berhak untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Janganlah bersikap hipokrit, bila kena pada musuh, mereka berkompang siang dan malam. Bila kena pada batang hidung sendiri, mereka tuduh ia konspirasi. Ceh sialan!

Anonymous said...

Muka yang mereport pun nampak macam SAMDOL aje..

rempahman said...

Sapa betina tetek besaq 2 ekoq tu?
Tak nampak manis langsong.

Anonymous said...

apa pasal nak report2 ma..bukannya anwar pun, kan dah kabor mirip2 je.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template