Sunday, April 3, 2011

VIDEO SEKS 'MISTERI' WAJAR DITAYANG DI PARLIMEN!!!

Wajarkah video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim ditayangkan kepada Ahli-Ahli Parlimen sama ada mereka suka atau sebaliknya dibuat agar mereka yang kerap bertekak dan meriuhkan negara dengan pelbagai helah, dapat mengesahkan siapakah sebenarnya 'pelaku' di dalam video berkenaan?

Karpal Singh pernah cuba melakukan perkara yang sama pada tahun 1989. Dia telah membawa pita-pita video seks membabitkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketika itu, D.P Vijandran. Karpal turut berhujah agar pita video itu ditonton oleh semua Ahli Parlimen.

Sungguhpun sekarang Karpal Singh sudah berubah, barangkali kerana faktor usia dan barangkali juga kerana telah BERTAUBAT, sememangnya wajar sangatlah video berkenaan ditonton oleh golongan yang BERADA DI ATAS UNDANG-UNDANG itu. Malah perlu juga dipastikan yang Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Anwar Ibrahim diwajibkan menontonnya.

Salah seorang bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat, Ng Lum Yoong berkata, penayangan tersebut akan mengelakkan pelbagai pihak membuat spekulasi dan persepsi selain mempertahankan pihak tertentu tanpa menonton video berkenaan. (BACA DI SINI)

Agak-agaknya siapalah yang akan duduk di barisan paling hadapan untuk menonton tayangan video tersebut? Mahfuz? Khalid? Zuraidah Kamaruddin? Nurul Izzah? atau Anwar Ibrahim sendiri?

4 comments:

Anonymous said...

ITULAH CARA TERBAIK. BUAT TAYANGAN DI PARLIMEN.

Adi Kencana on April 3, 2011 9:58 AM said...

Tayang, jangan tak tayang!

http://apakecoh2.blogspot.com/

blogenstarz on April 3, 2011 11:05 AM said...

Double standard sungguh depa suma ni.Kalau kena kat depa,dianggap fitnah.Kalau kena tang oghang laen.. dengan cepat dia kata tulen.... bingai sungguh !

TARANTULA said...

KALAU DAH TENGOK BARU SEDAP NAK BERCAKAP..LAGI TAK TENGOK LAGI TU LA DEPA DOK KATA FITNAH

SETUJU SANGAT SANGAT

OSTAT KITA MESTI DOK DEPAN,,,ILMU TU

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template